Apa yang anda tahu mengenai penyakit Gout?

gout

Gout merupakan sejenis penyakit yang berpunca daripada asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik yang sepatutnya disingkirkan dalam badan, tidak dikeluarkan dan terkumpul di bawah kulit.

Lalu membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’.  Selain itu, ia juga akan membentuk batu karang kalau terkumpul dalam saluran urinari.

Kajian menunjukkan bahawa, kaum lelaki lebih cenderung diserang penyakit gaut berbanding wanita. Pengambilan makanan perlu sihat dan seimbang untuk mengelakkan anda diserang penyakit Gout.

Selalunya ia akan menyebabkan sendi tersebut bengkak, merah, sakit dan rasa panas apabila dipegang. Disebabkan kepekatan asid urik yang tinggi di dalam darah, ia boleh meresap masuk ke kawasan sendi dan terkumpul menjadi kristal. Kristal inilah yang akan menyebabkan keradangan pada sendi tersebut.

gout

Kalau anda melihat kepada sejarah, penyakit gout ini adalah salah satu penyakit yang dihadapi oleh manusia sejak zaman dahulu lagi. Kebiasaannya, penyakit ini berkait dengan keradangan atau sakit pada sendi, terutamanya pada ibu jari kaki.

Menurut kementerian Malaysia, terdapat makanan yang boleh mencegah penyakit gout yang perlu diberi perhatian.

gout

#1. Nanas

Buah nanas mengandungi Bromelain dan Vitamin C. Buah ini amat disarankan dimakan kerana dapat mencegah daripada terkena gout. Nanas dapat membantu mengurangkan keradangan di sendi-sendi.

gout

#2. Kunyit

Kunyit hidup mempunyai khasiat semulajadi yang unggul dan hebat. Kunyit juga adalah bahan yang mudah didapati dan murah. Disebabkan itu, banyak produk kesihatan menggunakan kunyit dalam kadungan bahan-bahannya. Kunyit mempunyai kelebihan dalam membantu keradangan sendi, sekaligus mengelakkan daripada tekanan serangan gout keranan kandungan Cucurmin yang terkandung dalam kunyit.

gout

#3. Pegaga

Pegaga sedap dimakan dan dijadikan ulam-ulaman. Pegaga mempunyai Phytochemical yang tinggi dalam membantu proses menyahtoksik dalam badan.

gout

#4. Lemon

Lemon juga berkesan dalam membantu proses menyahtoksik dalam badan selain meningkatkan lagi kandungan Vitamin C yang diperlukan dalam tubuh manusia. Anda digalakkan untuk minum air lemon tanpa gula di rumah atau di luar. Tentunya menjadi pilihan yang sihat untuk anda.

gout

 

#5. Halia

Halia adalah sangat bagus diambil dalam pemakanan harian anda. Komponen Gingerole dan Zingiberene yang terkandung dapat mengurangkan keradangan sendi. Anda hanya perlu masukkan halia dalam masakan atau menikmatinya dalam the tanpa gula.

gout

#6. Cili

Antara gejala-gejala penyakit gout yang selalu menyerang di ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan boleh berlaku secara tiba-tiba dan sakit mungkin menyerang kembali jika tidak menjaga pemakanan.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa, penyakit gout menyerang mengikut keturunan, tapi anda boleh usaha untuk mencegahnya.

Cili dapat berfungsi mengelakkan keradangan sendi. Siapa sangka dengan hanya memakan cili dapat mencegah gout. Kandungan Vitamin A dan Vitamin C yang terkandung memberi khasiat dalam tubuh badan anda. Tapi sebolehnya, makanlah cili yang segar ya.

Gout adalah penyakit yang boleh dirawat dan dikawal melalui pengambilan diet yang seimbang. Mengamalkan cara hidup sihat dapat membantu anda mengelakkan serangan gout dan penyakit-penyakit lain. Penyakit yang tercipta, asalnya daripada pemakanan kita juga.

Disamping mengamalkan pemakanan yang seimbang, anda juga perlu elakkan makan makanan yang tinggi kandungan purin seperti hati, paru, ikan bilis, ketam, udang, kerang dan makanan laut lain (seafood).

Amalkan banyak meminum air kosong yang cukup untuk badan dan jangan sesekali lupa untuk mengambil ubat yang diluluskan oleh doktor untuk anda.

Ingat lah, cuba anda bayangkan, bila dah kena gout tu sakitnya bukan kepalang. Sendi anda akan rasa bias-bisa sampaikan bergesel dengan selimut pun dah terseksa. Sakit gout boleh berlarutan berhari-hari atau minggu untuk sembuh. Kalau anda biarkan tanpa mendapat rawatan.

Bagi anda yang mahukan petua atasi gout, Cuma perlukan 3 bahan sahaja iaitu, 1 biji timun, 2 batang saderi dan 3 hirisan lemon dibuang biji. Anda hanya perlu kisar semua bahan tersebut tanpa meletakkan gula. Minum sebanyak 2 kali sehari pagi dan malam.

gout

Ingatlah… sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Setiap penyakit ada penawarnya.

.

Sumber: SirapLimau

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here