Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kini mengumumkan kenaikan gaji berperingkat kepada penjawat awam yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 1.46 bilion bermula 1 Julai. Pelaksanaan tersebut sememangnya merupakan satu strategi bagi meraih undi menjelang PRU-14 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kenaikan Gaji
Kenaikan gaji penjawat awam bermula 1 Julai.

Malaysia mempunyai seramai 1.6 juta penjawat awam yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu. Tambahan pula, sebahagian besar penjawat awam adalah penyokong kuat kepada parti Barisan Nasional.

Kenaikan Gaji
Parti pemerintah, Barisan Nasional

Justeru, pelaksanaan kenaikan gaji ini merupakan tindakan yang tepat bagi meraih sokongan mereka memandangkan isu kenaikan kos sara hidup seringkali menjadi polemik hangat yang diutarakan kepada kerajaan.

Melihat kepada perspektif berbeza, Najib Razak dilihat sangat memerlukan sokongan daripada penjawat awam. Beliau sebelum ini teruk dikritik kerana terlibat dalam skandal menggelapkan dana 1MDB bernilai RM2.6 bilion. Walaubagaimanapun, beliau menafikan terlibat dengan salah laku tersebut dan masih tiada tangkapan dibuat sehingga kini.

Kenaikan Gaji
Najib Razak dikaitkan dengan skandal 1MDB bernilai RM2.6 bilion.

Pada pembentangan Bajet 2018 Oktober lalu, Najib Razak turut mengumumkan bayaran khas berjumlah RM1,500 kepada penjawat awam.

Bayaran itu akan diberikan sebanyak dua kali, iaitu RM1,000 pada Januari, dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri.

Manakala kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.

Kenaikan Gaji
Pembentangan Bajet 2018 pada Oktober lalu. Kredit foto : FMT

Tidak cukup dengan itu, Parlimen juga telah meluluskan persempadanan semula bahagian pilihan raya, yang didakwa pihak pembangkang sebagai satu cara untuk mengekalkan kuasa Najib Razak sebagai pemerintah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here