Image result for cadang tanam ganja di selangor

Kerajaan Selangor dicadang agar mempertimbangkan pelaksanaan bagi menanam ganja bagi tujuan perubatan di negeri tersebut.

Mohd Shaid Rosli selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram berkata, mana-mana jabatan kerajaan boleh melakukan penanaman ganja bagi tujuan perubatan melalui Akta Dadah Merbahaya 1952.

Image result for cadang tanam ganja di selangor

Menurutnya juga, satu kajian berkenaan penanaman ganja ini telah dijalankan oleh Pengarah Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Mohamed Isa Abd. Majid.

Kajian itu dilaksanakan dengan kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan dalam usaha menjadikan industri ini sebagai tanaman komersil bagi tujuan perubatan serta eksport.

Apa yang penting menurutnya adalah kajian dibolehkan sekiranya ia mendapat kelulusan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor.

BACA JUGA :   Kemasukan ke KSMU dalam Bidang Perubatan

Image result for cadang tanam ganja di selangor

Kerajaan negeri selepas ini boleh memberi kerjasama untuk berbincang mengenai penanaman, pemprosesan serta pengeksportan ganja yang mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Penanaman ganja ini dapat memberikan pulangan besar iaitu kira-kira RM9 juta setahun bagi keluasan tanah satu ekar meliputi tiga kali proses penuaian dan melebihi pulangan tanaman sawit yang hanya memperoleh sekitar RM3,000 bagi tanaman berkeluasan satu ekar, tambahnya.

Image result for duit

Selangor bakal menjadi pengeluar terbesar ganja dunia jika ia dapat diusahakan lebih daripada 100 ekar serta dapat memberikan pulangan yang lumayan.

Menurut Shaid juga, lokasi penanaman dan pemprosesan juga harus dilaksanakan di satu kawasan dan ia hanya boleh diakses oleh pihak tertentu sahaja.

BACA JUGA :   Tawaran Bidang Veterinar dan Perubatan Bersama Daulah Educonsult

Image result for cadang tanam ganja di selangor

Pelaksanaan ini juga akan memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai khususnya rakyat di negeri ini.

Dia juga berpesan agar tidak risau mengenai pasaran gelap dan sebagainya kerana pihaknya akan mengetatkan sistem agar tidak berlaku ketirisan serta penagihan di kalangan masyarakat.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here