Anemia adalah satu keadaan yang mana bilangan sel darah merah yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan fisiologi tubuh. Keperluan fisiologi yang khusus adalah berbeza dengan umur, jantina, ketinggian kediaman di atas paras laut (altitud), merokok dan peringkat kehamilan yang berbeza.

Image result for anemia

Sel darah merah berfungi sebagai sistem pengangkutan yang membawa oksigen ke tisu tubuh. Apabila anda mengalami anemia, sel darah merah tidak mencukupi atau ia tidak berfungsi dengan sepatutunya menyebabkan anda berasa lemah, letih dan sesak nafas.

Terdapat banyak jenis anemia. Berikut adalah beberapa jenis anemia:

1. Anemia kekurangan zat besi

Image result for Anemia kekurangan zat besi

Ia adalah jenis anemia paling biasa. Ia berlaku apabila anda tidak mempunyai zat besi yang mencukupi di dalam tubuh. Kekurangan zat besi biasanya disebabkan oleh kekurangan darah, tetapi kadang-kadang ia juga boleh berlaku disebabkan pleh penyerapan zat besi yang berkurang. Kehamilan dan melahirkan anak mengambil banyak zat besi dan itu boleh menyebabkan anemia berkaitan dengan kehamilan. Selain itu, seseroang yang telah menjalani pembedahan pintasan gastrik untuk tujuan penurunan berat badan atau sebab lain juga mungkin menyebabkan kekurangan zat besi kerana penyerapan yang kurang baik.

2. Anemia pernisius/anemia kekurangan vitamin

Image result for Anemia pernisiosa/anemia kekurangan vitamin

Anemia pernisus (pernicious anaemia) adalah keadaan yang mana tubuh tidak dapat menghasilakn sel darah merah yang cukup sihat akibat daripada vitamin B12 yang tidak mencukupi (nutrien yang terdapat dalam makanan tertentu). Mereka yang mengalami anemia menyebabkan vitamin B12 tidak dapat diserap dalam saluran gastrousus akibat kekurangan faktor intrinsik (protein yang dihasilkan di dalam perut). Walau bagaimanapun, keadaan dan faktor lain juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12.

BACA JUGA :   Selangor Mencatatkan Kes COVID-19 Tertinggi Sebanyak 1213 Kes.

3. Anemia asplasia (Aplastic anemia)

Image result for Anemia aplasia (Aplastic anemia)

Anemia asplasia adalah gangguan darah yang mana sumsum tulang berhenti membuat sel darah yang mencukupi (sel darah merah, sel darah putih dan platelet). Ini berlaku akibat kemusnahan atau kekurangan sel stem pembentukan darah dalam sumsum tulang, khususnya apabila sistem imun sendiri menyerang sel stem. Keadaan ini boleh mengakibatkan beberapa masalah kesihatan termasuk aritmia (arrhythmias), pembesaran jantung, kegagalan jantung, jangkitan dan pendarahan. Anemia aplasia adalah keadaan yang jarang, tetapi serius. Ini kerana ia boleh berkembang secara tiba-tiba atau perlahan-lahan dan cenderung memburuk dengan masa, kecuali ia ditemui dan dirawat.

4. Anemia haemolisis (Hemolytic anemia)

Related image

Anemia haemolisis berlaku apabila sel darah merah rosak di dalam aliran darah atau limpa. Ini mungkin disebabkan oleh mekanikal (injap jantung yang bocor atau aneurisme), jangkitan, gangguan autoimun, keabnormalan kongenital dalam sel darah merah. Anemia hemolitisis boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti keletihan, sakit, aritmia, pembesaran jantung dan kegagalan jantung. Terdapat pelbagai jenis anemia jenis ini, dan termasuk juga yang diwarisi seperti talesemia.

5. Anemia sel sabit (Sickle cell anaemia)

Image result for Anemia sel sabit (Sickle cell anaemia)

Anemia sel sabit adalah penyakit serius yang mana tubuh menghasilkan sel darah merah berbentuk sabit (“C”). Sel darah merah yang normal adalah berbentuk cakera dan bergerak dengan mudah melalui saluran darah. Sel sabit ini mengandungi hemoglobin yang tidak normal berbentik sabit menyukarkan pergerakannya melalui saluran darah, seterusnya menyebabkannya terperangkap dalam saluran darah. Saluran darah yang disekat boleh menyebabkan sakit, jangkitan serius, dan kerosakan organ.

BACA JUGA :   7 Fakta Menarik Tentang Poland

6. Talasemia

Image result for Talasemia

Takesemia adalah gangguan darah diwarisi yang menyebabkan tubuh memhasilkan sel darah merah yang kurang sihat dan kurang hemoglobin. Dua jenis utama talasemia dalah alpha- dan beta talasemia. Thalassaemias menjejaskan kedua-dua lelaki dan perempuan dan paling kerap berlaku pada orang Itali, Yunani, Timur Tengah, Asia dan Afrika.

7. Anemia akibat penyakit lain

Sesetengah penyakit boleh menjejaskan keupayaan tubuh membuat sel darah merah. Contohnya, sesetengah pesakit dengan penyakit buah pinggang membangunkan anemia kerana buah pinggang tidak menghasilkan hormon eritropoietin yang mencukupi untuk menandakan sumsum tulang membuat sel-sel darah merah yang baru atau lebih. Selain itu, kimoterapi yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis kanser sering merosakkan keupayaan tubuh untuk membuat sel darah merah baru, dan rawatan ini sering mengakibatkan anemia.

JADI PELAJAR PERUBATAN SEKARANG!

Anda berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan?  https://daulahmedic.com/ akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda!

Dengan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu-ragu dengan perkhidmatan yang ditawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara seperti Universiti Sumatera Utara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat meneruskan pengajian di luar negara.

 

Daulah Educonsult Sdn. Bhd. merupakan agensi pengurusan pelajar-pelajar ke luar negara dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) atau hubungi konsultan kami di (019-943 949).

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here