BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang.

Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha.

  • Air limau

Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.

  • Cuka

Caranya mudah, titiskan cuka ke bahagian yang terjejas dan tunggu hingga 10 minit. Selepas itu, gosok bahagian yang kotor perlahan-lahan bagi mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Selepas itu, cuci pakaian anda dengan sabun atau detergen seperti biasa dan bilas.

  • Susu pekat

Ini petua yang ramai orang tak tahu dan jarang dipraktikkan. Bancuh susu pekat atau susu cair mengikut kehendak anda bersama sedikit air. Kemudian siram bancuhan itu pada kesan dakwat dan tunggu setengah jam. Cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan bilas.

#Ingat, gosok pakaian dengan tangan, jangan sesekali pakai berus. Selamat mencuba. – Kredit : NOR AZIHAN MD GHAZALI

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/33369/SISIPAN/Femina/Petua-hilangkan-dakwat-pen-pada-pakaian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here