Untuk mendapatkan solat yang khusyuk kita kenalah sentiasa bertanya pada diri, bagaimana fikiran, perasaan dan rasa hati semasa mengerjakan solat?

Adakah fokus kita tertumpu sepenuhnya kepada Allah?

Atau hati ini masih liar memikirkan perihal duniawi semasa mendirikan solat?

Bagaimana pula penghayatannya?

Adakah kita dapat merasai apa yang telah kita ucapkan atau fahami apa yang kita ucapkan semasa mengucapkan bacaan-bacaan dalam solat?

Adakah kita lakukan dengan sedar atau terpaksa?

atau hanya sekadar ucapan biasa yang tidak membawa apa-apa makna dan rasa?

Dan Allah SWT telah berfirman bahawa orang yang Berjaya adalah orang yang khusyuk dalam solatnya seperti dalam firmannya iaitu:

“Dan berjayalah orang yang beriman, yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.”

 [Surah al-Mu’minun 23: 1-2]

 

Sebelum itu, Marilah kita fahami apa itu pengertian khusyuk.

 

Apakah Itu Khusyuk?

Khusyuk bermaksud  tunduk dan berasa rendah diri dengan menumpukan fikiran, menenangkan hati dan anggota semasa solat semata-mata kerana Allah S.W.T.

Setelah kita fahami apa itu khusyuk, Marilah kita ketahui cara untuk mendapatkan solat yang khusyuk.

BACA JUGA :   Solat Jemaah Selepas Sesi Persekolahan Adalah Amalan Bodoh - Zaid Ibrahim

Diantara cara mendapatkan khusyuk dalam solat ialah:

  1. Menghormati dan menyahut panggilan azan dengan menyegerakan solat tepat pada waktunya.
  2. Menyempurnakan wudhuk pada zahir dan batin dan menyakini bahawa wudhuk itu dapat membersihkan dosa-dosa kecil.
  3. Menyakini akan penghadapan kepada Allah dan menjaga segala pantang larang dan adab ketika menghadapNya.
  4. Diam sejenak ketika rukuk dan sujud supaya dapat merasakan kenikmatan rukuk dan sujud itu sebelum menuturkan bacaan yang harus dibaca serta merehatkan fikiran dan memahami pengertian solat pada setiap rukunnya. Hayatilah perbualan spiritual dua hala di antara hamba dengan Allah di dalam surah Al-Fatihah.
  5. Segera bertaubat dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun dosa-dosa kecil yang kerap dilakukan sehingga mengakibatkan hati menjadi hitam dan menghalang sampainya nur hidayah Allah. Seandainya dalam keadaan berdosa, ketahuilah bahawa rahmat Allah itu luas. Serahlah diri dan sambutlah pengampunan-Nya.

Sebagai kesimpulan, kita perlulah merasakan solat yang dilakukan itu sebagai solat yang terakhir dalam hidup. Hal ini kerana, solat yang Khusyuk akan mendidik hati.

BACA JUGA :   Beg tangan di curi ketika solat subuh

Sebagai ingatan, ada perbezaan diantara solat yang khusyuk dan solat yang sah. Solat yang khusyuk sudah semestinya sah. Tetapi solat yang sah belum tentu khusyuk.

Solat yang khusyuk ialah solat yang berjaya menyentuh dan mendidik hati, akal dan nafsu manusia.

……………………………………………………………………………………………………………….

Anda ada keinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda! Kami adalah sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan. Antaranya, Pengajian Islam, Pra-Perubatan, Perubatan, Veterinar, Pergigian, dan banyak lagi.

BERMINAT?

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Alamat Pejabat: No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here