Kali Ini Pasal Kuda Kepang Pula
Malaysia dan Indonesia sememangnya mempunyai banyak persamaan terutamanya dari segi warisan dan budaya. Namun, perkara ini mula menjadi kontroversi apabila timbul isu hak milik ke atas tarian kuda kepang.
Terkini, pengguna media sosial di Indonesia menuduh Malaysia mencuri tarian kuda kepang yang didakwa hak milik mereka. Kekecohan ini timbul selepas seorang peserta pertandingan ratu cantik Miss Grand International dari Malaysia bergambar dengan kuda kepang.
Peserta dari Malaysia, Sanjeda John memakai pakaian tradisional sambil memegang kuda kepang semasa satu sesi fotografi. Ini membuatkan rakyat Indonesia naik berang dan menuduh perkara yang bukan-bukan terhadap Malaysia.
Pertandingan Miss Grand International itu berlangsung di Vietnam sehingga 25 Oktober ini.
Malah, mereka turut menyatakan tarian itu adalah budaya asal penduduk Jawa yang lebih dikenali sebagai kuda lumping di sana. Tambah mereka lagi, tarian tersebut tidak sesuai dijadikan identiti Malaysia. Akan tetapi, tarian kuda kepang sebenarnya berasal dari Johor.
Mungkin mereka ini tidak tahu bahawa Malaysia juga serumpun dengan mereka kerana sebahagian daripada rakyat negara ini juga berasal dari keturunan Jawa, Bugis, Acheh dan Minang.
Ini adalah bukan kali pertama konflik sebegini ditimbulkan oleh pengguna media sosial di Indonesia. Sebelum ini, Malaysia turut dikatakan mencuri makanan tradisional negara itu seperti rendang, cendol, popia, nasi goreng dan batik serta lagu Rasa Sayang.
BACA : Nasi Goreng & Sate Jadi Makanan Paling Laku Festival Indonesia 2017 Di Rusia
Berhubung isu ini, seorang pereka fesyen Indonesia, Rinaldy A Yunardi menggesa kerajaan Indonesia mempatenkan semua budaya dan kesenian milik negara itu bagi mengelakkan negara lain ‘mencuri’ budaya milik mereka.
Apa-apapun, diharapkan rakyat Indonesia lebih bersifat terbuka dan positif supaya hubungan kedua-dua negara lebih kuat dan erat. Bukan apa, Malaysia dan Indonesia kan negara serumpun. Betul tak ?
Teruskan layari laman Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan isu-isu viral terkini dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bokstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber :