Sumber foto : The Star Online

Bajet 2018 Lebih Tumpukan Kebajikan Penjawat Awam ?

Penjawat-penjawat awam di negara ini sudah pastinya tidak sabar untuk mendengar pembentangan Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober nanti. Dilaporkan bahawa banyak keistimewaan dan juga tambahan manfaat akan diberikan kepada para penjawat awam dalam pembentangan bajet kali ini.

Bajet 2018
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pihak kerajaan sememangnya menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam yang komited dalam membantu membangunkan negara. Meskipun tahun demi tahun silih berganti, penjawat awam masih setia memberikan yang terbaik kepada pentadbiran negara, memberikan kerjasama dan saling bantu membantu.

Bajet 2018

Sehubungan dengan itu, beliau mendedahkan bahawa Bajet 2018 kali ini menjanjikan banyak berita baik buat penjawat awam di Malaysia.

Bajet 2018
Sumber foto : NSTP

Dalam tempoh 8 tahun kebelakangan ini, kerajaan sudah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan bagi memastikan kebajikan para penjawat awam sentiasa terjaga.

Antara penambahbaikan yang telah diberikan sebelum ini termasuklah ;

-menaikkan gaji penjawat awam di antara 7% – 13% pada 2012

-menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM 820 kepada mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 2012

-menetapkan gaji minimum daripada RM832 kepada RM1200 sebulan bermula pada Julai 2016

-memberikan kenaikan gaji tahunan sebanyak 3% kepada pegawai yang sudah mencapai gaji maksimum

-menaikkan elaun kos sara hidup (COLA) sebanyak RM50 kepada penjawat awam yang tinggal di kawasan pinggir bandar sejak 2012

-meningkatkan elaun perumahan kepada RM300 sebulan bermula 2015

Bajet 2018

Tambah beliau lagi, semua kemudahan dan elaun yang dinikmati oleh penjawat awam adalah hasil kerjasama yang kukuh di antara pihak kerajaan dengan pihak perkhidmatan awam yang sememangnya cekap.

Sekiranya kerjasamaa ini berterusan, simbiosis yang kuat akan dapat dijalinkan sekaligus memacu Malaysia untuk mencapai status berada dalam 20 negara termaju di dunia menjelang tahun 2050.

Apa-apapun, diharapkan pihak kerajaan lebih menitikberatkan kebajikan penjawat awam dalam Bajet 2018 kali ini dan tidak menjadikannya sebagai satu alat politik bagi memancing undi semata-mata.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan info terkini serta isu viral dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Terendah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

The Edge Markets

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here