Sambung pengajian ke luar negara pastinya menyeronokkan jika anda bijak dalam memanfaatkan masa anda. Ramai dikalangan pelajar hanya menghabiskan masa di bilik asrama. Namun anda silap kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di luar negara. Contohnya seperti hiking. Di sini kami akan senaraikan beberapa tempat yang wajib anda lawati untuk melakukan aktiviti berhiking sepanjang berada di Indonesia.

Admin akan kongsikan 7 tempat hiking menarik untuk dilawati di Indonesia.

#PUNCAK JAYA

credit: http://geography.name/puncak-jaya/

Puncak Jaya atau Carstensz Pyramid adalah puncak yang merupakan sebahagian daripada Barisan Sudirman yang terletak di Provinsi Papua, Indonesia. Puncak Jaya mempunyai ketinggian 4,884 m dan di sekelilingnya adalah glasier Carstensz, satu-satunya glasier tropika di Indonesia, yang mungkin hilang tidak lama lagi disebabkan oleh pemanasan global.

Gunung Carstensz termasuk dalam kawasan Taman Negara Lorentz, yang telah diterima sebagai tapak warisan dunia UNESCO sejak tahun 1999. Taman negara ini mempunyai kepelbagaian biodiversiti yang tinggi dan disokong oleh pelbagai kebudayaan yang menakjubkan.Puncak ini adalah gunung tertinggi di rantau Oceania di Indonesia. Puncak Jaya adalah salah satu daripada tujuh puncak di dunia.

Memandangkan kawasan gunung ini melalui sungai dan laluan curam, dinasihatkan bahawa pendaki yang mempunyai pengalaman memanjat gunung sahaja yang menyahut cabaran ini. Kerana laluan pendakian ke Puncak Jaya adalah salah satu yang paling sukar di kalangan Tujuh Puncak, dan pergi ke kem asas sahaja memerlukan sekurang-kurangnya empat hari.

 

#GUNUNG MERAPI

credit: https://yogyakarta.kompas.com

Ini antara salah satu gunung yang masih aktif dan terletak di Jawa Tengah. Bagi anda yang ingin mendaki gunung ini digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar mahupun malin di sekitar anda.

Masa yang diambil untuk sampai ke puncak gunung lebih kurang 45 minint hingga satu jam. Ketinggian 2930 meter dari paras laut menjadikan gunung ini antara yang tertinggi bersama gunung yang lain.

Pendaki juga akan diberhentikan di suatu tempat yang lapang untuk rehat sementara waktu sebelum meneruskan ekspedisi ini. Apabila anda sudah sampai di puncak, pastinya pemandangan yang indah akan memukau anda.

BACA JUGA :   5 Makanan Tempatan di Jakarta Yang Wajib Anda Cuba

 

#GUNUNG MERBABU

Lokasi gunung ini juga terletak di Jawa Tengah. Jika anda tidak mahu mendaki Gunung Merapi, anda pasti mahu mendaki Gunung Merbabu yang terletak tidak jauh dari situ. Bagi anda yang ingin ke sini, pihak pengurusan sudah pun menyediakan laluan pendakian agar anda tidak sesat.

Terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan yang “galak” tumbuh di lereng bukit ini antaranya bunga edelweiss dan banyak lagi. Jika anda sudah sampai ke puncak, anda akan melihat satu pemandangan yang indah dan juga dapat melihat Gunung Merapi dari situ.

 

#GUNUNG RINJANI

credit: https://firstlomboktour.com/wisata-gunung/gunung-rinjani

Bagi anda yang mencari kecantikan fauna yang mempersona, boleh berkunjung ke Gunung Rinjani. Gunung Rinjani terletak di Pulau Lombok di Nusa Tenggara Barat. Jika anda ingin tahu, gunung Rinjani merupakan gunung yang diiktiraf paling lawa di Asia Tenggara.

Bukan itu sahaja, terdapat juga bunga edelweiss sepanjang pendakian anda ke puncak. Bagi anda yang ingin menikmati panorama matahari terbit, pastikan anda datang lebih awal dan pastinya anda akan terkaku dengan keindahan alam ini di Gunung Rinjani.

 

#GUNUNG SEMERU

Merupakan gunung paling tinggi di Pulau Jawa menjadikan Gunung Semeru paling terkenal bagi pendaki. Gunung Semeru menyimpan ribuan khazanah flora dan fauna menjadikan pulau ini semakin terkenal. Namun begitu, hanya 500 pendaki sahaja yang dibenarkan mendaki dalam suatu masa tertentu.

Ini bagi menjaga persekitaran alam agar kekal terjamin dan tidak tercemar. Terdapat juga danau apabila anda sudah tiba di puncak tersebut. Danau yang terletak dengan ketinggian 2,400 meter dari aras laut menjadikan Gunung semakin cantik.

Terdapat juga tumbuhan lain yang “liar” hidup tanpa sebarang tangan yang “gatal” ingi mengambilnya seperti bunga lavender dan banyak lagi.

 

#GUNUNG PRAU

credit: https://www.kompas.com/tag/Gunung-Prau

Gunung ini boleh dikatakan seperti dataran yang rata terletak di pergunungan yang sangat indah. Ini antara tempat yang wajib anda kunjungi jika berada di Indonesia. Melalui dataran yang tinggi ini, akan dapat menyaksikan deretan gunung yang lain seperti Gunung Sindoro dan Sumbing.

BACA JUGA :   Fakta Menarik tentang Universitas Padjadjaran

Dataran rumput yang luas ini juga menjadikan pendaki mahupun pengunjung dapat menghabiskan waktu terluang. Ketinggian 2,565 meter dari paras laut menjadikan gunung ini agak tinggi dan cerun.

#GUNUNG PAPANDAYAN

Bagi warga Jakarta dan Jawa barat, gunung Papandayan merupakan lokasi kegemaran bagi  golongan hikers. Gunung ini sangat sesuai bagi pendaki baru kerana ianya berada pada ketinggian 2.665 Mdpl. Basecamp dari gunung Papandayan terletak di seberang atau lebih rendah dari kawah. Anda akan kagum apabila banyak wap keluar dari kawah ditambah keindahan Padang Edelweiss di Tegal Alun.

Bagi anda yang memasang impian untuk melanjutkan pengajian ke sini, Indonesia adalah kawasan yang strategik. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke senarai gunung di atas bagi sebuah pengalaman yang luar biasa.

DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Apa itu Daulah Educonsult?

Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Andakah ada berkeinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda!.

BERMINAT?

Kepada mereka yang berminat bolehlah mendaftar di link pra pendaftaran yang dibawah ini

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here