Di Kaherah Mesir, seorang lelaki yang bernama Eid Al Salwaawi, 69 tahun telah melukis mural adegan rangkaian ibadah haji di dinding rumahnya di kawasan Sayeda Zainab. Salwaawi melukis secara sukarela adegan demi adegan rangkaian ibadah haji serta kisah-kisah perjalanan agama Islam pada waktu-waktu tertentu, laporan dari Reuters.
Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah haji di kota Mekkah ,Arab Saudi, tahap demi tahap. Ibadah haji merupakan satu dari lima rukun islam.
Salwaawi mengatakan bahawa beliau mendapat inspirasi melukis adegan-adegan dari ibadah haji ini bermula pada zaman kanak-kanaknya semasa menetap di Aswan Utara. Lukisan tersebut dilukis di seekitar rumahnya ketika itu.
“Jadi saya menggambarkan karavan dan tentara unta mengenakan topi tradisional yang menjaga mereka,” ujar Salwaawi.
Alat-alat yang digunakan oleh Salwaawi saat melukis mural tersebut merupakan bahan-bahan yang mudah seperti sikat, daun palem yang ia anyam, cat, cuka, air mawar, getah arab dan lem bagi menghasilkan karya yang menakjubkan tersebut.
Ada satu lukisan yang menggambarkan perjalanan seorang wanita saat sedang melaksanakan ibadah haji, yang ia lukis menggunakan warna-warna cerah. Ada juga gambar karavan yang membawa kain kiswah, kain penutup ka’bah lengkap dengan tulisan ayat-ayat suci Al-Qur’an.
Salwaawi mengaku memerlukan tempoh masa dua hingga tiga jam untuk menghasilkan lukisan mural tersebut sehingga selesai.
PELUANG BELAJAR DI MADRASAH DAULAH & MAAHAD BUUTH ISLAMIYAH, AL-AZHAR DI KAHERAH MESIR
Sumber : Madrasah Daulah
Rujukan penuh mengenai tawaran belajar ke luar negara boleh terus ke laman web daulahmedic.com. Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) Konsultan Pendidikan : 0132853903 (Cik Nabila)