Tidak dinafikan konsep perkahwinan yang dipilih mempunyai peminat mereka yang tersendiri. Sebagai contoh perkahwinan di dalam dewan, tempat keagamaan seperti masjid, gereja, kuil dan lain lain. Namun kini menjadi salah satu trend juga di mana pemilihan tempat perkahwinan adalah berkonsepkan taman dan hutan. Ala ala dalam filem Twilight. Bak kata matsalleh ,perkahwinan di dewan “is too mainstream” untuk masa sekarang. Setuju atau tidak?

Mari kita lihat tempat tempat yang indah, di mana kini menjadi pilihan di kalangan bakal mempelai.

  1. Enderong Resort, Tanarimba, Janda Baik in Pahang

Tanarimba telah menjadi salah satu tempat popular di kalangan bakal mempelai dan iainya terbukti kerana pemandangan yang dimiliki begitu indah sekali. Tanarimba terletak 2000 kaki atas permukaan laut dan lebih kurang 45 minit jarak dari Kuala Lumpur. Selain di dalam dewan yang disediakan , kedua mempelai juga boleh diraikan di luar sebelum masuk ke dalam Annexe Hall yang boleh memuatkan 80 orang tetamu dalam satu masa.

2. Jim Thompson Cottage in Cameron Highlands

Jika anda risau tentang suhu panas di Malaysia , mungkin kegusaran itu boleh diketepikan kerana seperti semua tahu , Cameron Highland mempunyai suhu yang rendah dan sejuk. Jika anda berhajat untuk berkahwin dengan cuaca ala ala di Eropah musim bunga, Jim Thimpson Cottage boleh dimasukkan ke dalam senarai anda. walaupun tempatnya agak kecil , tetapi memori yang dilakar pasti akan sentiasa di ingatan bersama orang orang yang dekat di hati anda!

3. Sangkot Place in Hulu Langat, Selangor.

Masih di dalam Kuala Lumpur, Sangkot Place tidak terkecuali dari mendapat pujian kerana tempatnya yang inda dan juga makanannya yang sedap. Juga perlu diketahui , Sangkot Palace hanya menjamu makanan yang Halal dan tidak membenarkan sebarang minuman beralkohol dijamukan sepanjang majlis berjalan. Jarak dari bandar Kuala Lumpur hanya 20km sahaja.

Daulah Educonsult antara pihak pengurusan yang menguruskan kemasukan pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang antaranya Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Kejuruteraan, Pengajian Islam dan lain-lain bidang lagi di pelbagai negara. Pengalaman mengurus pelajar dari tahun 2008 sehingga kini memberikan impak dan banyak pengalaman kepada pihak Daulah. Pengurusan yang sistematik, teratur dan pelajar dianggap seperti keluarga antara kelebihan Daulah Educonsult.

Maklumat lanjut tentang pengjian di luar negara boleh layari www.daulahmedic.com atau boleh terus hubungi konsultan Puan Janna di nombor 0196403977

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here