Minggu ini, riuh di media sosial mengenai filem Joker yang mula ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober yang lepas. Malah musuh utama Batman ini juga menjadi trending di Twitter. Filem arahan Todd Philips ini tiba-tiba menjadi kegemaran ramai untuk diulas, bukan semata-mata kerana lakonan hebat Joaquin Phoenik yang membawakan watak Joker tetapi isu kesihatan mental yang diutarakan dalam filem tersebut.
Sesetengah pihak beranggapan filem ini mempunyai unsur-unsur dark, dan ‘‘disturbing” yang mendorong ramai pengunjung keluar pawagam setelah terlihat lakonan Joker yang sangat berat dan menekan serta scene keganasan yang ekstrem.
SINOPSIS
Kisah Joker berkisarkan kisah hidup Arthur Fleck iaitu seorang pelawak yang banyak mengalami kegagalan. Dia juga mengalami kesukaran dengan menjadi badut yang ditugaskan memegang papan penanda di jalanan. Kemurungan Arthur mencapai kemuncaknya apabila dia dipersendakan oleh pengacara Robert De Niro di stesen TV nasional. Hal ini membuatkan Arthur merasa diperlakukan dengan tidak adil ditambah dengan tekanan daripada masyarakat yang bertindak menyisihkannya. Dalam kisah Joker juga, kita boleh andaikan Joker mempunyai masalah membuat pilihan dalam ekonomi, kerana statusnya sebagai pelawak dari masyarakat kelas bawahan, dengan tambahan bebanan menjaga isterinya.
Seperti yang dijangka, tekanan-tekanan tersebut mengubah personalitinya yang naif dan baik kepada seorang pembunuh.
FENOMENA JOKER DAN ISU KESIHATAN MENTAL
Susulan fenomena Joker ini, ramai yang berasa terganggu dan merasakan kisah Joker ada kaitannya dengan masalah mental ataupun depression yang menjadi masalah yang viral dan tidak asing lagi menjadi barah dalam masyarakat kini. Hal ini mendorong ramai influencer dan personaliti berpengaruh berterusan menulis atau mengekstrak nilai-nilai dari Filem Joker di media sosial untuk mendidik masyarakat mengenai masalah mental.
Hal ini boleh dilihat daripada ungkapan murni dan positif yang timbul setelah filem Joker dikeluarkan misalnya ”Jangan membuli supaya tidak melahirkan pesakit mental,”
Sememangnya sangat wajar jika kita mempunyai sikap empati kepada pesakit mental. Tetapi apakah sebenarnya solusi lain yang efektif yang perlu difikirkan jika masalah depression terus menjadi viral? Sehingga senarai-senarai buku mengenai depression menduduki tangga tertinggi (tanpa mengira teknik pemasaran penerbit dan penulis buku). Adakah kita boleh berbangga sedangkan ini sebenarnya menunjukkan isu kesihatan mental yang cukup serius?
”Statistik menunjukkan daripada 32.4 juta rakyat Malaysia, kira-kira 40 peratus daripadanya dikhuatiri mengalami masalah kesihatan mental. Malah, paada tahun 2017, Kementerian Kesihatan mendapati seramai 18,336 orang menderita tekanan perasaan berdasarkan imbasan kesihatan yang dilakukan ke atas 273,203 individu. Daripada jumlah itu, seramai 11,811 orang menderita tekanan perasaan ringan, 3,680 sederhana dan 1,682 tekanan perasaan teruk. Sumber: Utusan ”
Situasi ini bahkan mendorong pihak kerajaan menggesa peranan kaunselor pada tahap yang maksimum. Salah satunya supaya kaunselor di sekolah-sekolah perlu mengesan generasi muda yang mengalami kemurungan pada peringkat awal. Bukannya hanya menanti pelajar datang ke bilik kaunseling mereka.
Oleh itu pada pendapat penulis, cara untuk menangani masalah mental boleh berpandukan tips-tips positif influencer ataupun penulis media sosial(selagi tidak bersalahan dengan fakta atau memudaratkan) tetapi yang sebenarnya penting, perlulah merujuk pakar psikologi yang benar-benar berpengalaman.
Anda boleh berasa terganggu dan mengambil pengajaran dengan Filem Joker, tetapi jika betul-betul berhadapan dengan masalah mental sebagai seorang pesakit, ataupun mempunyai kawan/ keluarga yang mempunyai masalah ini, sebaiknya rujuklah pakar.
JOM SAMBUNG BELAJAR BERSAMA DAULAH EDUCONSULT!
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) Konsultan Pendidikan : 0193350916(Cik Ummu)