Saham AirAsia Group dan AirAsia X Bhd di bursa Malaysia jatuh mendadak dalam dagangan aktif. Hal ini selepas terdepat laporan dibuat yang mendakwa eksekutif kedua-dua syarikat berkenaan terlibat dalam konspirasi rasuah.
Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam kenyataan semalam berkata akan meneliti kenyataan fakta dalam kes Regina yang menentang Airbus SE. Situasi ini berlaku akibat pendedahan beberapa dakwaan terhadap AirAsia Group Bhd dan AirAsia X Bhd.
Saham AirAsia Group : turun 13 sen atau 9.09 peratus kepada RM1.30 dengan 10.95 juta bertukar tangan.
Saham AirAsia X : turun 1 sen atau 7.69 sen kepada 12 sen dengan 18.11 juta saham diniagakan.
Namun syarikat penerbangan tambah murah itu menafikan dakwaan itu dengan menyatakan ia tidak terlibat dalam sebarang penyiasatan oleh UK Serious Fraud Office (SFO) terhadap pengeluar pesawat Eropah iaitu Airbus. Tambahan, pihaknya juga tidak memberikan sebarang kenyataan atau meklumat yang jelas kepada SFO.
SPRM sudah memulakan penyiasatan terhadap dakwaan tersebut yang dilemparkan ke atas kedua-dua syarikat berkenaan. SPRM turut menghubungi pihak berkuasa di United Kingdom.
Sumber dari Bernama
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara
Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)