Pramugari-pramugari yang beragama Islam kini dikehendaki memakai tudung ketika mengendalikan sebarang penerbangan ke destinasi Aceh.

Pramugari

Mengikut undang-undang syariah di Aceh, semua wanita Muslim di sana perlu memakai tudung.

Justeru, ketua daerah Aceh Besar iaitu Mawardy Ali meminta agar kesemua syarikat-syarikat penerbangan menghormati undang-undang syariah yang dikuatkuasakan di wilayah tersebut.

Pramugari

Kami sedang dalam proses memaklumkan perkara ini kepada semua syarikat-syarikat penerbangan. Sekiranya ada pihak yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan, kami tidak akan teragak-agak untuk mengenakan hukuman”, katanya.

Bukan itu sahaja, malah Mawardy Ali turut menegaskan bahawa mereka yang melanggar undang-undang akan ditangkap oleh pegawai-pegawai syariah di situ.

Buat masa sekarang, terdapat 6 buah syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ke Aceh iaitu :

BACA JUGA :   Impian Sambung Pengajian Di Universiti Terkemuka Mesir, Rusia, Turki, India, Indonesia, Poland, Bangladesh Kini Jadi Kenyataan Dengan Daulah Educonsult

#Garuda Airlines

#Citilink

#AirAsia

#Firefly

#Lion Air

#Batik Air

Terletak di kepulauan Sumatera, Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang syariah sedemikian. Wilayah tersebut sememangnya begitu tegas dalam memastikan penduduknya mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Ini terbukti apabila pihak berkuasa di Aceh sebelum ini dengan beraninya telah menangkap golongan-golongan transgender dan homoseksual. Sebagai hukuman, mereka dikenakan sebatan di hadapan khalayak ramai.

Pramugari

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here