Anda semestinya mengetahui 99 Speedmart merupakan antara kedai runcit yang mudah dijumpai di seluruh negeri Malaysia. Kedai runcit yang mempunyai slogan “Dekat Lagi Murah” ini juga merupakan antara kedai runcit yang digemari oleh orang ramai.

99 Speedmart

Disebalik kejayaan kedai runcit ini, terdapat kisah disebaliknya. Pengasas 99 Speedmart Lee Thiam Wah lahir pada tahun 1954 merupakan seorang yang kurang upaya. Akan tetapi, pengasas tersebut dikenali ramai dan mampu membina empayarnya menggunakan wang hasil titik peluhnya.

  1. Dia telah diserang penyakit poliomielitis yang teruk menyebabkan dia lumpuh pada usia 8 bulan.

99 Speedmart

Ketika dia masih bayi, Lee Thiam Wah menderita penyakit poliomielitis yang menyebabkan dia perlu menggunakan kerusi roda seumur hidupnya. Oleh kerana itu dia hanya boleh menghadiri sekolah sehingga darjah 6 sahaja kerana agak sukar untuknya pergi ke sekolah dengan menggunakan kerusi roda.

  1. Dia dari keluarga yang susah dan membina perniagaannya dari permulaan.

99 Speedmart

Bapa Lee merupakan seorang kontraktor dan ibunya bekerja sebagai penjaja separuh masa. Kedua-dua ibu bapanya perlu bekerja keras untuk menampung seluruh keluarga. Kehidupannya mula berubah apabila Lee tekad untuk mengubah kehidupannya. Oleh itu, dia memulakan perniagaan kecil kecilan dengan menjual snek.

  1. Nenek Lee sentiasa memberi semangat dan dorongan walaupun kadang-kadang dia ingin mengalah.
BACA JUGA :   Lelaki Ini Memelihara Seekor Buaya Bertahun-Tahun Di Rumahnya!

99 Speedmart

Kadang-kadang, Lee berasa cemburu terhadap adik beradiknya yang lain kerana mempunyai kudrat yang sempurna. Akan tetapi, neneknya sentiasa memberikan dorongan dan mengatakan bahawa dia hanya lumpuh tubuh badan, bukanlah otaknya. Dia perlu berdikari untuk meneruskan hidup agar dia tidak berada jauh kebelakang.

  1. Semangat Lee menyebabkan dia boleh membuka sebuah kedai runcit pada umur 23 tahun.

99 SpeedmartDia menyimpan wang dengan sebaiknya dari perniagaan menjual snek dan akhirnya, Lee mempunyai simpanan yang cukup untuk membuka sebuah kedai runcit. Kedainya dikenali sebagai “Pasar Raya Hiap Hoe” yang terletak di Klang. Perniagaannya membuahkan hasil kerana mempunyai layanan baik terhadap pelanggan, harga yang berpatutan dan menjual pelbagai jenis barangan. Selepas 5 tahun berada dalam industry tersebut, Lee mahukan cabaran, jadi dia memutuskan untuk menjual kedainya kepada salah seorang ahli keluarganya.

  1. Lee menggunakan wang yang diperoleh dari jualan kedai runcitnya dan mula untuk membuka sebuah kedai runcit mini.

99 Speedmart

Lee dapat menjual kedai lamanya dengan harga yang tinggi dan menggunakan wang itu untuk membuka sebuah kedai yang baru. Permulaannya, focus utama perniagaannya adalah kepada pelanggan yang berpendapatan rendah dan pendatang asing. Akan tetapi selepas itu dia mengembangkan perniagaanya ke arah yang lebih besar.

  1. Lee menukar nama kedainya kepada 99 Speedmart pada tahun 2000
BACA JUGA :   Lelaki Ini Memelihara Seekor Buaya Bertahun-Tahun Di Rumahnya!

99 Speedmart

Pada tahun 2000, perniagaannya berjalan dengan lancar. Oleh sebab itu, dia ingin mengubah suai kedainya. Mengapa dia memilih 99? Hal ini kerana walaupun mereka tidak sempurna, mereka masih mencuba untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan. Selain itu, mereka juga boleh membaiki apa yang kurang.

  1. Terdapat lebih 1,000 Speedmart di seluruh Malaysia dan lebih lagi yang akan datang.

99 Speedmart

Pada bulan Ogos 2017, Lee melancarkan Speedmart yang keseribu di Shah Alam untuk sambutan ulang tahun ke 30 dan mereka mempunyai hampir 10,000 pekerja.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here