WiFi Hotspot Percuma

Berita baik buat seluruh bangsa Johor ! Bermula 1 Februari 2018, anda boleh menikmati akses internet di mana-mana kawasan di Johor melalui WiFi Hotspot percuma Johor yang dipasang di seluruh negeri tersebut.

WiFi Hotspot Percuma Johor

Sebelum ini, kerajaan negeri sudahpun memasang sebanyak 135 WiFi Hotspot percuma dengan bajet sebanyak RM12.9 juta pada awal tahun lepas. Walaubagaimanapun, WiFi Hotspot percuma itu hanya dipasang di lokasi terpilih seperti taman rekreasi dan tempat mesyuarat di pejabat-pejabat.

Ini menyebabkan akses internet menjadi sedikit terbatas kerana capaiannya tidak sampai kepada semua orang.

WiFi Hotspot Percuma Johor

Namun kini, jumlah WiFi Hotspot sudahpun ditambah menjadi 786 di semua daerah di Johor. Ini bermakna rakyat Johor akan mendapat akses WiFi percuma walau di mana sahaja mereka berada.

Projek tersebut dilancarkan pada 28 Januari lalu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengadakan tinjauan mesra ke terminal bas Larkin Sentral yang berwajah baru.

WiFi Hotspot Percuma
Pelancaran WiFi Hotspot Percuma Johor oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

WiFi Hotspot percuma Johor adalah merupakan sebahagian daripada 12 inisiatif korporat di bawah kendalian Johor Corporation. Ianya akan dipasang dan dipasang oleh syarikat itu sendiri. Dilaporkan kos projek tersebut menelan belanja sebanyak RM10 juta setahun. Meskipun agak tinggi, namun diharapkan rakyat Johor dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang diberikan.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here