ASEAN

Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah menerima anugerah Asean Clean Tourist City Standard Award 2017 atas kebersihan bandar yang menepati standard dan ciri-ciri bandar bersih yang ditetapkan ASEAN.

ASEAN

Anugerah ini diterima MPM di ASEAN Tourism Forum 2017 yang sedang berlangsung di Chiang Mai, Thailand. Bercakap kepada Astro Awani, Pegawai Daerah Muar, On Jabbar berkata anugerah ini tidak berlaku sekelip mata dan semua pihak memainkan peranan.

Menurut On Jabbar, masyarakat sendiri perlu memainkan peranan dalam menjaga kebersihan di samping pekerja pembersihan menjaga kebersihan secara konsisten. Beliau berharap, dengan anugerah ini, penduduk Muar dapat terus menjaga kebersihan bandar ini.

Menurut beliau lagi, penilaian telah dilakukan selepas beberapa tahun dan membuktikan Muar mempunyai cirri-ciri bandar terbersih mengikut piawai dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ASEAN.

Tambah On Jabbar, “ sikap dalam kalangan masyarakat itu adalah kunci utama anugerah ini berjaya dirangkul. Ini termasuk sikap pekerja yang melalukan pembersihan secara berkala dan konsisten untuk memastikan bandar ini sentiasa bersih. Selain itu, sikap peniaga di bandar ini juga penting dan mereka perlu memastikan segala sampah sarap dilupuskan mengikut kategori yang ditetapkan.

ASEAN

Bandar Muar terlebih dahulu telah diisytihar sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada tahun 2012. Pulau Pinang dan Putrajaya turut sama menerima anugerah ini. Semoga berita ini menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk lebih menjaga kebersihan bandar yang mereka diami. Apa pun, tahniah MPM atas anugerah ini!

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com


Sumber: Astro Awani

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here