Metabolisme merupakan kumpulan tindak balas kimia yang berlaku di dalam badan dan mengubah makanan yang anda telah makan kepada tenaga. Hal ini merangkupi semua perkara termasuklah apabila anda bernafas, tidur bahkan juga berfikir. “Setiap kali anda menelan sesuatu, badan anda bekerja keras untuk memproses nutrien yang baru” jelas Julian Gaine, penasihat nutrisi Mealkitt.
Adakah Metabolisme Mengikut Genetik?
Menurut pakar pemakanan, Cassandra Barns, terdapat komponen genetik yang mengikut gen tertentu ia boleh mempengaruhi kadar di mana tubuh anda akan menukar gula dan lemak menjadi tenaga, tetapi terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan. “Hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid yang mempunyai tindak balas langsung terhadap tubuh, daripada mencerna makanan kepada berapa cepat degupan jantung anda dan kadar sel anda menggunakan tenaga.
Penuaan, tekanan dan tidur juga memberikan kesan. Jika anda sukar untuk tidur, ia akan mempengaruhinya. Ia akan menghentikan keupayaan tubuh untuk memecahkan karbohidrat, lemak dan protein.
Bagaimana Mahu Mengetahui Ia Berfungsi Dengan Baik?
Jika ia tidak berfungsi pada kadar optimum, berat badan anda akan bertambah. Menurut Gaine, berat badan anda tidak menentukan metabolisme anda, tetapi ia memberikan kesan kepada berat badan anda. Di mana perkara ini menjelaskan mengapa segelintir orang mempunyai selera makan yang besar, tidak pernah bersenam tetapi mereka tidak pernah bertambah berat badan.
Akan tetapi, tenaga mereka akan disalurkan ke kadar metabolisme asas. Ini adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan anda kita anda berehat. “Walaupun anda sedang berehat, organ-organ anda masih berfungsi, sel-sel masih berkembang, percernaan sedang berlaku, tenaga sedang digunakan agar proses ini berfungsi. Seseorang yang mempunyai kadar BMR yang rendah akan membakar sedikit kalori ketika berehat, manakala seseorang yang mempunyai kadar BMR yang tinggi akan membakar kalori dengan lebih banyak” katanya.
Adakah Saya Perlu Mengalah?
Jangan pernah mengalah. Gaya hidup yang sihat mempunyai impak yang besar terhadapnya. Apa yang anda makan dan berapa kerap anda bersenam, mempengaruhi badan anda. “Salah satu pengaruh terbesar pada ia adalah berapa banyak otot-otot tisu yang anda miliki” kata Barnes. Otot membakar lebih banyak kalori daripada lemak. Jika anda mempunyai lebih banyak otot tanpa lemak dan peratusan lemak yang lebih rendah, anda akan cenderung mempunyai metabolisme yang bertindak balas dengan pantas daripada seseorang yang mempunyai lebih banyak lemak dan otot tanpa lemak. Walaupun kedua-duanya mempunyai berat badan yang sama.
Tambahan, latihan rintangan sangat penting untuk BMR apabila anda hendak menurunkan berat badan kerana ia tetap akan sentiasa ada pada tahap kelajuan yang tinggi untuk membakar kalori anda.
Adakah Cara Pemakanan Mempengaruhi Metabolisme?
Sudah tentu, tetapi jangan hanya memberi tumpuan kepada apa yang perlu diambil. Apa yang paling penting adalah mengambil makanan yang cukup. Diet tidak akan membantu anda. “Tubuh anda mengenal pasti jika anda menahan lapar dan ia akan menurunkan kadar metabolisme untuk mengekalkan tenaga” kata Gaine.
Sebaliknya, tumpukan pemakanan anda terhadap makanan yang sihat. Mengambil protein juga amat penting, jika anda bersenam berkemungkinan besar ia akan memecahkan tisu otot anda untuk tenaga. Mengambil protein adalah salah satu cara untuk melindungi badan anda.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber:
http://www.byrdie.co.uk