Ramadan kali ini disambut luar biasa oleh umat Islam kerana dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Mereka yang berada di kota tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Ramadan bersama keluarga.

Jika tidak, seperti kebiasaan tahun-tahun lalu, jalan raya, lebuh raya pasti sesak dengan kenderaan. Umat Islam di negara ini tidak akan melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman pada awal Ramadan.

Disebalik apa yang terjadi ini pasti tersimpan satu hikmah yang besar. Jika Ramadan lepas, kita disajikan dengan pelbagai jenis juadah di bazar Ramadan, tetapi tahun ini kita tidak lagi disajikan begitu.

Andai tahun lalu kita membazir dengan membeli pelbagai jenis juadah di bazar Ramadan, tetapi kali ini tidak lagi dapat kita berkunjung ke bazar Ramadan. Ramadan kali ini telah melatih diri kita untuk lebih bersederhana dalam apa hal jua sekalipun terutamanya makanan.

BACA JUGA :   Festival yang Selalu Diraikan oleh Masyarakat Rusia

Umat Islam juga diingatkan untuk mengawal nafsu serta tidak membazir dengan membuat pesanan makanan secara berlebihan dalam talian. Walaupun ketiadaan bazar Ramadan, tetapi perkhidmatan menempah makanan secara dalam talian masih boleh dilakukan.

Memasuki hari ke-38 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei. Sekaligus ia menjadikan umat Islam menyambut Ramadan kali ini dalam tempoh PKP. Namun, ianya tidak menghalang umat Islam untuk menjalani rukun Islam ketiga ini.

Walaupun terdapat larangan seperti tiada solat tarawih secara berjemaah diadakan di masjid dan surau bagi mematuhi PKP, ianya boleh dilakukan dirumah. Inilah masanya untuk bersama-sama mengeratkan lagi silaturahim dan ukhuwah sesama ahli keluarga.

BACA JUGA :   Kemasukan sesi 2020 di Kursk State Medical University Rusia

Bersama-sama menghidupkan tradisi dan ibadah bulan Ramadan dirumah seperti menyediakan juadah berbuka puasa, bersahur bersama-sama, menunaikan solat berjemaah, membaca al-Quran dan memantapkan lagi ilmu agama.

Kes positif COVID-19 telah menurun dan hanya mencatatkan dua angka sahaja. Namun, ia tidaklah memberi ‘green light‘ kepada masyarakat untuk bebas ke sana ke sini mengingkari PKP.

Sumber: Berita Harian

Deenamik mengucapkan Marhaban ya Ramadhan kepada anda semua. Jangan lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan walau dimana jua anda berada.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here