Dimaklumkan bahawa lebih 100 ekor ikan lumba-lumba dikesan di kawasan Boya Tukun, iaitu kira-kira dua kilometer dari Jeti Kuala Perlis.

Lumba

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Zulkefli Amin Mat Jusoh yang melihat kelibat spesies tersebut ketika memancing bersama rakan-rakannya kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, ikan itu ditemukan dalam kumpulan besar yang menghampiri bot mereka yang pada masa itu keadaan lautnya tenang.

Ikan tersebut sedang bergerak menghampiri pantai. Biasanya kalau kita memancing kita akan mengelak daripada ikan lumba-lumba kerana dikhuatiri ikan lain tidak ada.

Selain itu, Pengerusi Persatuan Alam Sekitar dan Hidupan Liar Perlis (PNW), Syamil Abdul Rahman turut mengakui perkara sama selepas menerima laporan daripada dua orang nelayan yang melihat lebih 30 ikan lumba-lumba ketika menangkap ikan di Pulau Batu Layang, kira-kira dua minggu lalu.

Lumba
Gambar Hiasan

Katanya, kelibat ikan berkenaan dilihat oleh nelayan itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari menuju ke bot mereka sebelum beredar ke arah Sungai Baru.

Hampir 15 minit ikan tersebut bermain-main di sekitar bot itu. Ikan yang ditemukan itu dikatakan daripada spesies Indo-Pacific.

Tambahnya lagi, ikan lumba-lumba ini juga ditemukan di pesisir Kuala Sungai Baru dan Pantai Kurung Tengar oleh penduduk kampung dan pemancing.

Lumba
Gambar Hiasan

Menurutnya, ikan lumba-lumba itu mula dikesan pada April sehingga Disember lalu iaitu ketika cuaca panas melanda negeri ini.

Punca utama tarikan ikan lumba-lumba berhijrah sementara di Kuala Perlis ialah sumber makanan yang banyak seperti anak-anak ikan belanak, ikan kedera dan udang sepanjang laut Kuala Perlis selain faktor perubahan suhu air laut.

Tambahnya lagi, penduduk Perlis sendiri kebanyakannya tidak mengetahui kewujudan hidupan mamalia itu sekitar kawasan perairan di Kuala Perlis sejak sekian lama.

“Saya sendiri pernah melihat berpuluh-puluh ikan lumba-lumba ini ketika membuat tinjauan di Pulau Batu Layang tahun lalu,” katanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: TheMalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here