Perlindungan insurans dan kemudahan perubatan disarankan untuk pekerja warga tempatan yang bekerja di pasar borong. Saranan itu diajukan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MUTC), sesuai dengan risiko pekerjaan iaitu 3K, Keselamatan, Keselesaan dan Kesihatan.

Datuk Abdul Halim Mansor, Presidennya berkata, usaha kerajaan itu adalah baik iaitu menggalakkan belia tempatan untuk bekerja di pasar borong. Ia adalah untuk mengurangkan kebergantungan pekerja warga asing.

Malah, ianya perlu dipastikan majikan di pasar borong boleh memberi perlindungan insurans dan perubatan kepada pekerja mereka. Ini kerana pekerja juga terbabit dalam kerja-kerja berat seperti contoh memunggah barang berat.

Tambah beliau lagi, mereka perlu dilindungi secara adil mengikut undang-undang pekerja tidak kiralah mereka dibayar gaji sama ada harian, mingguan atau bulanan. Manakal majkan pula perlu mematuhi Akta Pekerja 1951, Akta Keselamatan Sosial, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Membawa Impian Anda Untuk Sambung Belajar ke Luar Negara

Pada Rabu lepas, Kementerian Wilayah Persekutuan mencadangkan peluang pekerjaan di Pasar Borong Kuala Lumpur diberikan kepada golongan belia yang menganggur. Peluang itu ditawarkan dengan gaji RM2,400 sebulan.

Selain itu,  menurut Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, ia juga adalah langkah untuk membantu golongan muda yang kehilangan pekerjaan dan mengurangkan masalah pengangguran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengulas lanjut Presiden MUTC, peniaga dan pemborong di Pasar Borong Kuala Lumpur perlu diberi taklimat mengenai undang-undang perlindungan pekerja agar kebajikan mereka terbela.

Agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Tenaga Kerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja juga perlu bekerjasama untuk memberi taklimat kepada mereka.

Presiden Persatuan Pemborong Sayuran Kuala Lumpur, Wong Keng Fatt berkata sejak PKP Diperketatkan (PKPD) tamat 13 Mei lalu, tiada lagi warga asing dibenarkan bekerja di Pasar Harian Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Kemasukan Oktober & November Ke Universiti Di Rusia

Pekerja asing dibayar gaji harian iaitu antara RM100 hingga RM120 sehari dan bekerja hanya 3 hari seminggu selama 8 jam di antara jam 10 pagi hingga 6 petang. Wong Keng Fatt turut menyatakan masalah utama ialah pekerja tempatan tidak bertahan lama.

Ramai dalam kalangan mereka datang untuk menjalani temu duga dan meminta kerja. Tetapi apabila bekerja tidak sampai 3 hingga 4 jam sudah melarikan diri.

Sumber: Astro Awani

Belajar tanpa SPM & STAM di Mesir? Daulah Educonsult ada jalannya !

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here