Sekatan pergerakan telah dikenakan di beberapa kawasan di Beijing. Hal ini demikian adalah usaha untuk mencegah penyebaran kluster baharu COVID-19. Untuk makluman pembaca Deenamik, kluster baru di pasar borong Bejing telah dikesan. Beijing juga telah mengumumkan jangkitan pertama selepas dua bulan bebas dari wabak pembunuh tersebut.

Sebanyak 50 kes baharu dikaitkan dengan pasar sayur dan daging terbesar di Xinfadi. Pihak berkuasa juga telah melaksanakan perintah berkurung kepada 11 kawasan perumahan berhampiran pasar itu.

Pihak berkuasa juga telah melakukan ujian saringan secara besar-besaran bagi mengesan mereka yang telah dijangkiti dengan COVID-19 ini. Beratus anggota polis dan juga keselamatan dikerah untuk mengawal keadaaan dan juga keselamatan.

BACA JUGA :   Jana Dua Jenis Pendapatan Serentak Sebagai Pemandu E-Hailing Hanya Di Safer

Acara sukan dan kegiatan pelancongan adalah dilarang pada hari Sabtu sejurus selepas COVID-19 dikesan di sekitar kawasan pasar borong. 45 orang daripada 517 yang diuji menunjukkan tanda-tanda positif wabak tersebut. Mereka diuji dengan teknik sapuan tekak di pasar Xinfadi di daerah Fengtai barat daya kota Beijing.

Lebih menakutkan, mereka yang dijangkiti COVID-19 tidak menunjukkan sebarang gejala dan simptom. Kawasan pasar borong itu telah dipagar dengan kawalan 24 jam.

Daerah itu kini berada dalam keadaan seperti “darurat masa perang”. Hal ini dilakukan kerana bimbang wujud gelombang kedua wabak itu. Seluruh pasar di Xinfadi diarahkan tutup pada pukul 3 pagi pada hari Sabtu setelah dua lelaki yang bekerja di pusat penyelidikan daging didapati mengunjungi pasar tersebut disahkan positif.

BACA JUGA :   Rasai Pengalaman 4 Musim Belajar Di Universiti Di Rusia & Poland

Namun terdapat khabar bahawa terdapat virus COVID-19 di papan pemotong ikan salmon yang terdapat di pasar tersebut. Bagaimanapun, penduduk Beijing yakin pihak berkuasa dapat mengawal keadaan.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here