Sultan Johor Dipuji Aswaja

Pengharaman terhadap Ustaz Haslin dan Mufti Menk daripada berceramah di Johor boleh menyelamatkan negeri itu daripada sebarang fahaman agama yang menyeleweng dan boleh menimbulkan kecelaruan dalam kalangan umat Islam, kata Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja).

Sehubungan dengan itu, Aswaja turut berharap langkah yang diambil Johor itu akan menjadi ikutan kepada majlis agama Islam di negeri-negeri lain.

Aswaja
Presiden Aswaja, Dr. Zamihan

“Aswaja amat berharap Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang lain turut proaktif dan berani menyekat kemasukan penceramah yang membawa fahaman agama yang mengelirukan demi mempertahankan kesucian agama Islam yang suci,” kata badan itu dalam satu kenyataan.

Gempar baru-baru ini apabila Sultan Johor mengikut jejak langkah Singapura yang mengharamkan pendakwah tempatan, Ustaz Haslin dan Mufti Zimbabwe, Ismail Menk, daripada menyampaikan ceramah agama di Johor.

BACA JUGA :   GRAB SINGAPORE HENTIKAN OPERASI PENGHANTARAN PELANGGAN PADA LEWAT MALAM
Kredit foto : Free Malaysia Today

Menurut Aswaja, tindakan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) itu adalah bertepatan dengan ketegasan Sultan Johor yang sama sekali tidak mahu membenarkan pengaruh fahaman selain Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) bertapak di negeri itu.

Johor juga adalah antara negeri yang mengeluarkan fatwa menolak fahaman Wahabbi kerana ianya boleh menimbulkan kecelaruan dan merosakkan keutuhan pegangan agama, perpaduan ummah dan keamanan serta keselamatan negara.

Aswaja
Gambar sekadar hiasan

“Ketegasan Sultan Ibrahim dan langkah berani MAIJ mampu memastikan negeri Johor sentiasa harmoni dan bebas daripada  sebarang fahaman agama yang menyimpang dan mencetuskan kecelaruan dalam kalangan umat Islam”, tambah Aswaja.

Aswaja dipercayai merujuk kepada larangan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Johor terhadap 16 penceramah agama yang dilarang berdakwah di negeri itu kerana tidak mengikut kriteria Ahli-Sunnah Wal Jamaah.

Sebuah dokumen  daripada MAIJ yang tersebar mendedahkan nama Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan penceramah bebas, Fathul Bari Mat Jahya, yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia serta beberapa pendakwah lain yang dikatakan berfahaman Wahabbi.

BACA JUGA :   7 Kedai Makanan Halal Di Singapura Yang Patut Anda Kunjungi
Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Sumber foto : BERNAMA

Kenyataan Aswaja itu juga menyebut fahaman yang bertentangan dengan ASWJ seperti Wahhabi, Syiah, Bahai, Qadyani, liberalisme dan pluralisme agama kini semakin agresif bertapak dalam kalangan umat Islam melalui pelbagai cara.

Semoga Allah terus melindungi akhlak masyarakat Muslim di negara ini daripada sebarang fahaman yang menyimpang dari jalan-Nya.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara!


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada The Malaysian Insight.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here