Bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar pasti pernah mendengar tentang Madrasah Daulah dan Maahad Buuth. Kedua-dua pusat pendidikan ini adalah langkah pantas ke Universiti Al-Azhar tanpa memerlukan sijil SPM dan STAM. Tambahan, di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth, pelajar akan dipersiapkan untuk memasuki Universiti Al-Azhar.

Kemasukan seterusnya adalah pada September 2020. Pelajar yang berminat perlu mendaftar ke Madrasah Daulah terlebih dahulu bersama Daulah Educonsult. Daulah Educonsult adalah badan konsultasi yang akan membantu menguruskan pelajar dari mula pendaftaran hinggalah tamat pengajian.

Madrasah Daulah adalah pusat pendidikan yang terletak di Kaherah, Mesir. Di Madrasah Dualah, pelajar akan dipersiapkan untuk menghadapi ujian Imtihan Qabul untuk memasuki Maahad Buuth. Madrasah Daulah menerima pelajar lelaki dan perempuan dari umur 12 tahun hingga 30 tahun.

BACA JUGA :   Masuk Ke Maahad Buuth Menerusi Madrasah Daulah Tanpa SPM & STAM

Maahad Buuth pula adalah pusat pendidikan di bawah institusi Al-Azhar. Pelajar yang melanjutkan pengajian di sini tidak perlu membayar yuran dan kos pengajian kerana ditanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar.

Tambahan, di Maahad Buuth mereka mengamalkan sistem lompat kelas. Pelajar dibenarkan lompat sehingga dua kelas jika mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Oleh itu, pengajian di Maahad Buuth adalah bergantung kepada tahap penguasaan pelajar itu sendiri.

Universiti Al-Azhar pula adalah destinasi terakhir pelajar selepas tamat pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth. Di Universiti Al-azhar pelajar akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam. Pengajian Islam terbahagi kepada 3 iaitu Bahasa Arab, Usuluddin dan Islam Islamiah. Tempoh pengajian di universiti ini adalah selama 4 tahun.

BACA JUGA :   Safer Kongsikan Tips Atas Jalan Raya

Peluang untuk anda fasih berbahasa Arab di Mesir adalah tinggi. Kerjaya dalam bidang bahasa asing masa kini adalah antara dalam tingkat permintaan yang tinggi. Daftar segera kerana kuota yang ditawarkan kali ini adalah terhad.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here