Di atas permintaan ramai, untuk pertama kalinya saya kongsikan tips diet & cara saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 37 kg selama 6 bulan kepada orang ramai setelah hampir 2 tahun memikirkan susunan ayat-ayat yang gempak.

TIPS DIET KALORI : FROM XL TO XS

Sebelum saya mula, saya mahu semua faham apa itu DIET. Ramai yang salah faham, mereka ingat DIET tu bermaksud tak makan. Itu tanggapan yang salah. DIET sebenarnya bermaksud PEMAKANAN YANG SIHAT.

Nak turunkan berat badan ni, paling penting kena jaga pemakanan. Senaman perkara kedua. Kemudian kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Kena disiplinkan diri. Kena kuat melawan nafsu.

diet
Foto saudara Zulzaidi sebelum mula berdiet.

Anda juga kena tahu dan set goal kenapa kita nak kurus. Bila dah set baru ada semangat utk kurus kan. Macam saya, goal saya adalah pulih dari GOUT, ya saya adalah pesakit GOUT. Sakit ooo so bila terasa nak menyimpang je dari landasan saya teringatkan sakitnya GOUT tu…itu la jadi motivasi kepada saya untuk kurus.

#1.  Nak kurus, breakfast jangan tinggal, WAJIB! Waktu yg terbaik adalah antara pukul 7am-8am. Selalunya menu saya adalah sandwich telur rebus atau telur setengah masak 2 biji bersama roti wholemeal 2 keping.

diet sarapan

#2.  Tidur kena cukup. Sekurangnya 6-8 jam. Jangan terkejut dalam tidur pun kita boleh bakar kalori. Jadi waktu tidur kena jaga. PENTING!

#3. Saya makan dalam 5 atau 6 kali sehari. 3 menu utama dan 2 atau 3 menu sampingan (snack). Tapi snack tu bukan keropok ye. Mengikut keperluan kalori badan anda.

#4. Air manis & ais saya memang tak ambil langsung. Sila elak air 3 in 1 & air bergas (soft drinks), kerana minuman tersebut mengandungi jumlah gula yang sangat tinggi.

#5. Banyakkan minum air kosong. Setiap 30kg bersamaan 1L air. Contohnya, kalau berat kita 97kg macam saya dulu kena minum sehari 97/30=3.23L air setiap hari. Bundar kan jadi 3L la, tak payah lah nak berkira sangat dengan 0.23L tu.

diet

#6. Banyakkan makan buah-buahan & sayuran hijau. Tapi jangan pula makan buah tu letak asam ye, pengambilan garam juga kena jaga dan kalau boleh elakkan sayur goreng. Dicadangkan rebus dan buat sup sayur.

BACA JUGA :   Anda Sering Berasa Lapar? Mungkin Tips Ini Berguna Untuk Anda

#7. Ramai orang diet elak makan nasi, mereka kata nasi menggemukkan. Sebenarnya nasi tidak menggemukkan, tetapi kita harus bijak mengawal pengambilannya. Lagipun kitakan orang Malaysia tak boleh tinggalkan nasi. Jadi, nasi saya makan waktu lunch sahaja. Ambil segenggam atau sesenduk saja, jangan lebih sebab nasi tu karbohidrat. Segenggam atau sesenduk nasi bersamaan lebih kurang 150 kcal.

Jadi, kena kawal pengambilan gula dan karbohidrat. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat GEMUK dan BERLEMAK 😬.

#8. Roti? Boleh je kalau nak makan roti tapi elakkan makan roti putih. Sebaiknya makan roti wholemeal. Contoh roti wholemeal adalah roti gardenia yang hijau tu. Tapi setiap meal utama limitkan kepada 2 keping sahaja. 2 keping pun dah 154 kcal.

#9. Elakkan pengambilan mee kuning dan kueh teow sebab makanan tu berminyak. Bihun ok tapi jangan dibantai bihun goreng pulak 😂bihun sup ye atau tom yam.

#10. SANGAT PENTING! Elakkan makanan bergoreng, berminyak, berlemak, makanan segera (fast food) seperti McD , KFC & sebagainya. Elakkan juga makanan dalam tin & makanan yang telah diproses seperti daging burger, nugget.

#11. PROTEIN. Saya selalu makan ayam, ikan dan daging kadang-kadang. Saya makan yang grill atau steam sahaja. Elakkan lauk bergoreng.

#12. DINNER. Ini pun penting. Jangan skip makan malam. Sebaiknya makan sebelum pukul 8 malam. Pastikan juga anda tidur selepas 3 jam makan malam. Kalau terasa lapar, boleh minum susu rendah lemak (susu HL) atau air kosong.

#13. SENAMAN? Selalunya saya buat masa hujung minggu sahaja. Boleh buat 2 atau 3 kali seminggu. Buat senaman kardio atau workout macam Kevin Zahri. Saya tak pernah pergi gym. Kalau anda nak pergi terpulang.

diet

#14. Ramai yang bertanya, ubat apa yang saya ambil untuk kurus. Terus terang saya memang tak ambil apa-apa ubat. Saya berjaya turunkan berat badan tanpa penggunaan ubat-ubatan atau supplement.

#15. PUASA. Ramai yang tahu puasa juga salah satu tips diet yang terbaik. Selalunya bila tiba bulan Ramadan mulalah berazam nak diet untuk kurus. Puasa juga bagus untuk mengimbangi kandungan gula dalam darah.  Jadi, bolehlah cuba berpuasa sunat setiap hari Isnin & Khamis. Puasa juga mendidik kita mengawal nafsu jika kita ikhlas kerana Allah. In shaa Allah!

BACA JUGA :   4 Salah Faham Tentang Diet Ini Punca Mengapa Anda Sukar Turunkan Berat Badan

#16. INGAT! Sebelum kita mulakan diet pastikan kita periksa terlebih dahulu berapa keperluan kalori kita dalam sehari utk kita turunkan, kekalkan atau naikkan berat badan. Anda boleh periksa di sini http://www.calculator.net/calorie-calculator.html

#17. Ambil tahu nilai kalori setiap makanan yang perlu diambil. Nak diet ni kena rajin, tak boleh malas. Kena pantau pengambilan kalori setiap hari untuk kita kekal dalam landasan. Boleh install di telefon pintar anda aplikasi MyFitnessPal untuk kita kira dan pantau kalori kita setiap hari.

diet myfitnesspal

#18. STRESS. Cuba elakkan dari stress kerana stress bole jejaskan program diet kita. Macam saya dulu kalau saya stress saya suka makan atau mengunyah. Jadi memang amalan yang tak bagus. Kalau rasa nak marah atau stress cubalah beristighfar, in shaa Allah.

#19. Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya diberi kekuatan, semangat serta istiqamah dalam program diet anda dan dalam apa perkara sekalipun. Apa-apa pun semuanya dengan keizinan dari Nya .

#20. Sila take note bahawa pemakanan 80% dan senaman 20%, jadi jagalah pemakanan. Jika kita bersenam tapi pemakanan tidak dijaga memang kelaut lah diet kita tu 😂

diet

#21. Sebagai tips diet tambahan, adakan 1 hari menipu (cheatday) bukan menipu orang ye tetapi menipu diet anda. So hari tu kita boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yg terkawal. Saya buat sebulan sekali sebagai reward setelah penat lelah kita berdiet.

Diharap dgn sedikit ilmu dan pengalaman yang saya kongsikan ini dapat membantu anda semua untuk mencapai berat badan yang ideal untuk jangka masa yang panjang dan kekal sihat in shaa Allah.

Akhir kata, terima kasih kepada coach online saya iaitu Mr. Kevin Zahri & terima kasih juga kepada anda semua kerana sudi membaca coretan saya 😊

#JomKurus #DietKalori #KipidapDongibab

Artikel ini disumbangkan oleh Ahmad Zulzaidi Zulkarnain. Anda boleh ikuti beliau di pautan ini. 

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here