Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 13 jenis barangan menerusi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Tahun Baru Cina yang disambut pada 16 dan 17 Feb ini.

tahun baru cinaMenterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, skim kawalan harga ini berkuat kuasa 12 hari mulai 10 hingga 21 Feb iaitu enam hari sebelum, satu hari semasa dan lima hari selepas sambutan perayaan ini.

Loading...

Barangan yang tersenarai dalam skim kawalan harga Tahun Baru Cina adalah :

ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing), bawang putih, ikan bawal putih, udang putih besar dan daging babi.

Tambahnya lagi, “Peniaga diwajibkan menjual 13 barangan itu pada harga lebih rendah atau tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan meletakkan tanda harga khas merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain.”

Beliau menegaskan skim kawalan harga Tahun Baru Cina ini membabitkan 91 daerah di semenanjung, Sarawak (32), Sabah (27), dan satu daerah di Labuan.

Tindakan akan dikenakan kepada mereka yang gagal mematuhi peraturan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 3 tahun atau kedua-duanya.

Individu terbabit juga boleh dikenakan kompaun hingga RM50,000, manakala syarikat boleh didenda hingga RM500,000 atau kompaun hingga RM250,000, jika sabit kesalahan.

Tegas beliau, “Bagi kesalahan tidak meletakkan tanda harga merah jambu bagi barangan terkawal, boleh didenda hingga RM10,000 atau kompaun hingga RM5,000 bagi individu. Manakala bagi syarikat, denda hingga RM20,000 atau kompaun hingga RM10,000”.

KPDNKK akan melaksanakan pemantauan agresif bagi melindungi pengguna daripada kegiatan pengambilan keuntungan berlebihan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

skim kawalan harga

Pengguna dan peniaga boleh membuat semakan harga barangan pada laman web KPDNKK di laman sesawang www.kpdnkk.gov.my.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber: Astro Awani

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here