Anda Nak Diet! Makan Pisang Lah…

Boleh ke makan pisang boleh turun berat badan? Itulah persoalan yang sering diajurkan, terutamanya di dalam kalangan wanita. Mungkin ada segelintir jumlah masyarakat tak kira lelaki mahupun wanita terlalu “obsess” dengan penurunan berat badan atau diet.

Tahukah anda? dengan makan pisang sahaja, berat badan anda boleh turun. Namun perlu ketahui cara pengambilan yang betul dan pantang larangnya.

Pernah anda dengar cerita, makan pisang setiap pagi boleh turun berat sehingga 5kg dalam masa seminggu? Inilah caranya.

berat badan

Sarapan adalah sangat penting untuk kita ambil. Jangan sesekali anda abaikan. Setiap waktu pagi, ketika sarapan, anda hanya perlu makan pisang sahaja dan minum air pada suhu bilik. Selain itu, ia juga menjimatkan masa bagi mereka yang mempunyai masa yang terhad. Anda tidak perlu risau, anda boleh makan apa-apa sahaja sepanjang hari.

Bagi yang berbadan besar, adalah dinasihatkan supaya bersenam untuk membakar lebih banyak kalori, tetapi dengan mengambil pisang segar dan minum segelas air pada waktu pagi, dapat membantu anda mengelakkan penyeksaan ketika melakukan senaman.

Pisang mengandungi serat dan kanji yang aktif untuk merangsang penurunan berat badan.

berat badan

Mesti anda tertanya-tanya, berapa jumlah pisang yang perlu diambil setiap pagi?

Ia bergantung kepada kemahuan anda. tidak ada peraturan yang ketat, hanya makan pisang untuk cukupkan anda berasa kenyang dan perut tidak masuk angin.

Anda disarankan untuk sentiasa minum segelas air suam pada waktu pagi untuk merangsang metabolisme anda. Selepas minum, anda dinasihatkan tunggu selama satu jam dan baru makan pisang. Kalau anda lapar lagi selepas itu, anda boleh makan pisang lagi, namun perlu diingatkan hanya ambil pisang mentah sahaja ya, bukan pisang goreng atau pisang yang anda masak.

berat badan

Diet pisang ini, anda tidak perlu lagi mengambil susu sepanjang diet dan pemakanan yang terakhir hendaklah sekurang-kurangnya 8 malam. Amalkan pengambilan buah-buahan dalam makanan seharian anda. Bagi yang baru mula diet, lakukan secara rutin secara teratur selama 3 hari. Diet pisang juga  mempunyai pantang larang iaitu, elakkan makan aiskrim, coklat, makanan berasaskan susu dan manis-manisan yang lain.

Dalam proses diet, anda dilarang sama sekali untuk tidur lewat. Kerana mengikut ahli-ahli sains, tidur lewat, kemungkinan besar akan obesiti tinggi.

Selain itu, pisang mengandungi zat yang boleh buat anda rasa kenyang lebih lama serta meningkatkan pembakaran lemak dalam tubuh sehingga menjadi langsing.

berat badan Apa khasiat pisang?

Seperti yang kita tahu, pisang kaya dengan serat, kalium dan meningkatkan tenaga. Pisang juga merupakan buah yang murah, jadi anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli pelbagai produk yang mahal.

Kandungan pisang mengandungi potassium dan nutrient yang tinggi sebagai diet yang terbaik. Kandungan fiber atau serat pada pisang membolehkan penyerapan banyak kalori sebelum berpindah kepada saluran penghadaman.

berat badan

Makan pisang akan meningkatkan metabolisme anda dan mengelakkan daripada makan berlebihan pada waktu siang. Disamping pengambilan segelas air pada suhu bilik.

Pengambilan kopi di waktu pagi, akan menyebabkan anda sukar mengawal glukosa darah dan selera anda. jangan sesekali mengambil minuman alcohol. Elakkan makan selepas jam 8.00 malam. Kulit pisang jangan dibuang begitu sahaja, anda boleh gunakan kulit pisang belah dalam tu untuk merawat kutil muka anda dengan hanya gosok sahaja di muka anda.

berat badan

Perlu ke bersenam?

Ini merupakan satu kelebihan jika anda mengamalkan diet pisang. Anda tidak perlu bersusah payah setiap hari, waktu pagi, petang dan malam dengan melakukan aktiviti fizikal yang begitu memenatkan.

Diet pisang tidak tertumpu pada aktiviti fizikal, namun jika anda ingin lakukan seperti aktiviti di gymnasium, berlari dan sebagainya, teruskan usaha itu. Hasilnya tentu lebih cepat.

Sumber: Mingguan Wanita

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai tempat-tempat makan menarik di Malaysia, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here