Sepanjang berada pada usia muda, ramai yang berminat melibatkan diri dalam pelbagai  aktiviti seperti pergi beriadah, bermain bola, angkat berat, dan sebagainya. Tapi pada usia tua sudah sampai masanya untuk kita berehat pula, kerana tubuh sudah mula lemah.

 

Tapi, lain pula kejadian berlaku kepada seorang nenek tua, walaupun sudah berusia 97 tahun beliau tetap melakukan sukan lasak seperti angkat berat.

Sebelum ini, Edith Traina merupakan seorang guru tarian. Beliau mula berjinak-jinak dengan sukan angkat berat ini apabila seorang rakannya iaitu Carmen, membawanya ke pusat gymnasium Akademi Bill Beekly.

Bermula dari itu, Traina mula belajar teknik angkat berat kemudian minatnya itu bertambah besar. Semenjak itu juga, beliau akan pergi ke gym 3 kali dalam seminggu sebagi latihannya mengangkat berat.

Baginya bukan suatu perkara sukar tetapi perlu mempunyai usaha untuk melakukan sesuatu perkara. Semakin banyak latihan dilakukan, beliau mula mengambil bahagian dalam beberapa sukan angkat berat  dan berjaya memiliki beberapa pingat emas menumpaskan peserta lain.

Tindakan Traina mula mendapat perhatian dan penghormatan apabila salah sebuah pertandingan angkat berat telah diadakan bersempena namanya iaitu Edith Traina Inspirational Open 2018.

Menjadi suatu kebanggaan bagi beliau, walaupun sudah berusia hampir 100 tahun tapi masih mempunyai kekuatan melakukan aktiviti-aktiviti seperti angkat berat.

Bersempena dengan nama Edith Traina, pertandingan tersebut diadakan di Fasiliti latihan Stronglife di sini yang mana disertai perserta-peserta remaja berusia 13 tahun dan beberapa individu warga emas yang lain.

Bagaimanapun, beliau telah  mengambil bahagian di enam pertandingan yang diadakan sepanjang tahun ini. Pertandingan terdekat yang berjaya dimenangi dan berjaya merangkul pingat emas di Polk Country Senior Games 2018 dalam lingkungan 95-99 tahun.

Warga emas lain boleh mengikut jejak langkah seperti ini, bukan sekadar sihat dari segi fizikal tetapi juga menjadikan mood anda lebih seimbang apabila bersama-sama orang lain melakukan aktiviti sihat tersebut.

Hasrat si nenek tua itu juga mahu mengangkat beban sebanyak 100 kilogram sebelum mencapai usia usia 100 tahun.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here