Negara pernah digemparkan dengan insiden kebakaran yang telah meragut sebanyak 23 nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat. Insiden berdarah ini sudah berlalu 3 tahun. Semalam, 17 Ogos 2020, remaja yang berusia 19 telah didakwa dan dijatuhi hukuman penjara sehingga mendapat pengampunan dari Agong.

Hukuman tersebut diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abadullah. Tertuduh didapati ebrsalah atas kesalahan tersebut yang dilakukannya pada 14 September 2017 ketika berusia 16 tahun. Tertuduh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakawa Raya Julia Ibrahim manakala tertuduh diwakili oleh peguma Hajian Omar. Seramai 71 orang saksi terlibat memberikan keterangan yang bermula 30 Mei 2018.

Menurut harian Metro, dia sebelumnya didakwa atas pertuduhan menyebabkan 23 kematian penghuni tahfiz yang berlaku kira-kira jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi. 23 penghuni tersebut terdiri daripada 21 pelajar dan 2 orang guru maut selepas terperangkap dalam kebakaran.

BACA JUGA :   Lebih 6,000 Permohonan di Aplikasi Gerak Malaysia

Pada 28 Januari 2020, mahkamah memerintahkan remaja tersebut untuk membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Sebelumnya, mahkamah telah membebaskan seorang lagi individu yang seusia remaja berkenaan yang turut mendapat pertuduhan yang sama. Namun dia dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.

Mahkamah memerintahkan remaja berkenaan ditahan di jatuhi hukuman penjara sehinggalah mendapat perkenana daripada Yang di-Pertuan Agong. Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.

Anda berminat sambung belajar dalam Pengajian Islam di universiti di Indonesia atau Mesir? Lakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Sediakan Pengajian Ke Indonesia & Rusia

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here