Semua pegawai dan anggota polis berdepan dengan kemungkinan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat jika mempunyai berat badan yang berlebihan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, setiap anggota serta pegawai perlu melepasi ujian Indeks Jisim Tubuh (BMI) bagi memastikan mereka mempunyai berat badan ideal.

berat badan
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah

Zulkifli berkata langkah itu bertujuan untuk menerapkan budaya hidup sihat di kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar dapat menjalankan tugas dengan baik dalam keadaan badan yang cergas.

Pengertian BMI (Body Mass Index)

berat badan

Ok, apa itu BMI? Indeks jisim badan (BMI), atau indeks Quetelet, adalah ukuran untuk bentuk badan manusia berdasarkan berat individu dan ketinggian mengikut jantina. Walaupun ia merupakan cara paling mudah untuk mengkategorikan seseorang itu obesiti,normal atau underweight, secara keseluruhan BMI adalah berubah-ubah mengikut beberapa faktor.

Sejarah BMI

Pengiraan BMI diperkenalkan oleh seorang ahli matematik dari Belgium iaitu Adolphe Quatelete pada tahun 1832. Sejak itu jugalah BMI telah digunakan di serata dunia untuk membantu para petugas kesihatan dan juga individu untuk menentukan tahap berat badan seseorang.

BACA JUGA :   Bulan Ramadan Dicemari, Banyak Iklan Judi Tular

Kepentingan BMI

Secara umumnya, semakin tinggi bacaan BMI, semakin tinggi risiko seseorang boleh mengalami penyakit seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan kardiovaskular serta lain-lain penyakit.

Oleh itu BMI adalah indikator awal yang menentukan risiko seseorang untuk mengalami masalah-masalah tersebut.

Adalah penting untuk kita tidak mengendahkan bacaan BMI kerana ianya penting untuk kesihatan masa depan anda.

BMI tidak digunakan untuk atlit, kanak-kanak, ibu mengandung dan juga untuk warga emas. Ini adalah kerana nisbah antara tinggi dan berat pada golongan ini biasanya tidak selaras dan terdapat banyak lagi faktor yang menyebabkan kadar tinggi dan berat tidak sekata.

Kategori BMI

Merujuk kepada nilai BMI yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pembahagian kategori bacaan BMI adalah seperti berikut:

  1. BMI bawah 18.5 adalah kurang berat badan
  2. BMI antara 18.5 hingga 24.9 adalah berat badan unggul
  3. BMI antara 25 hingga 30 adalah berlebihan berat badan
  4. BMI lebih 30 adalah Obes

Beliau ditemui pemberita semasa Program Kepolisan Berprofil Tinggi Kayuhan Basikal Cegah Jenayah sempena lawatan rasminya ke Perlis, selepas meninjau keadaan banjir di Pulau Pinang dan Kedah.

BACA JUGA :   Provokasi Perkauman. Ini Adalah Cara Untuk Menghadapinya!

Beliau bersama pegawai dan anggota PDRM Kontinjen Perlis turut membuat kayuhan basikal sejauh 20 kilometer di Kangar, yang turut disertai Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias.

Katanya program itu selaras dengan objektif pengenalan program ‘Trim and Fit’ yang diperkenalkan pihaknya tahun lepas, bagi memastikan tahap kesihatan pegawai dan anggotanya menjadi lebih baik.

Mempunyai BMI yang baik adalah sangat penting bagi mereka untuk melakukan kerja dengan pantas dan cergas. Selain itu, perkara ini dilakukan untuk memupuk sifat supaya sentiasa menjaga kesihatan mereka.

Menjaga kesihatan bukan sahaja penting untuk pihak tertentu. Perkara ini adalah penting untuk semua masyarakat. Harapan Malaysia supaya supaya boleh membina masyarakat yang mementingkan kesihatan.

berat badan

Apa yang anda tunggu lagi? Jom, kira BMI anda sekarang!


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari www.malaysiakini.com

Info BMI – www.wikicara.org

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here