Tatkala majoriti rakyat Malaysia sedang meraikan hari pertama di bulan Ramadan, kita digemparkan pula dengan berita bahawa PDRM telah merampas 284 kotak mengandungi beg tangan mewah serta 72 beg (luggage) berisi barangan kemas dan wang tunai pelbagai mata wang berhubung skandal 1MDB.

Rampasan tersebut dibuat setelah PDRM menggeledah kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavillion Residence, Kuala Lumpur.

284 beg tangan mewah dirampas
Sebanyak 284 kotak beg tangan mewah dirampas.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh berkata beg tangan mewah yang dirampas itu adalah dari jenama mewah seperti Hermes Birkin, Louis Vuitton dan banyak lagi.

Beg tangan Hermes Birkin adalah jenama antarabangsa dan dijual dengan harga yang sangat mahal. Satu beg tangan jenama itu boleh mencecah harga USD200,000. Mana tidaknya, beg tangan tersebut diperbuat daripada kulit buaya eksklusif dan disalut emas serta bertatahkan berlian.

BACA JUGA :   Najib Razak Bakal Bubarkan Parlimen Sabtu Ini (7 April)
284 beg tangan mewah dirampas
Antara salah satu beg tangan jenama Hermes Birkin yang paling mahal.

Bagi jenama Louis Vuitton pula, tidak perlu dijelaskan lagi. Semua orang pastinya sudah tahu tentang betapa mahalnya beg tangan LV yang selalunya hanya dapat dibeli oleh golongan jutawan dan juga artis-artis antarabangsa.

Perlu diingatkan, yang dirampas bukanlah satu atau dua kotak beg tangan tetapi 284 kotak kesemuanya. Dianggarkan, nilai rampasan untuk beg tangan mewah itu sahaja sudah mencecah USD56 juta.

Manakala bagi nilai barang lain yang dirampas setakat ini, Datuk Amar berkata beliau tidak dapat memberikan anggaran kerana polis belum membuat pengiraan terperinci.

“Kami telah merampas beg (luggage) berkenaan, kami tahu ia mengandungi wang tunai dan barang kemas.

“Secara tepat berapa banyak wang tunai saya tidak boleh katakan atau berapa banyak barang kemas. Tetapi jumlah barangan kemas agak besar,” katanya.

BACA JUGA :   DATIN SERI ROSMAH "PANASKAN" IBU PEJABAT SPRM
284 beg tangan mewah dirampas
Kredit foto : BERNAMA

Sehingga jam 1.25 pagi, polis dilihat telah membawa sekurang-kurangnya lima trak ke kondominium mewah berkenaan bagi memuatkan barang rampasan.

Diminta menjelaskan mengenai pemilik kondominium tersebut, Datuk Amar berkata salah satu daripada unit itu milik seorang “Tan Sri”, namun enggan mendedahkan butiran lanjut.

Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menjangkakan pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan dakwaan bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

284 beg tangan mewah dirampas

Najib Razak bagaimanapun berulangkali menafikan terlibat dalam sebarang salah laku tersebut.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here