Musim perayaan pastinya akan jadi lebih meriah dengan bunyi-bunyi mercun yang menggamatkan suasana di malam hari. Tidak kiralah perayaan Hari Raya, Deepavali ataupun Tahun Baru Cina, bermain mercun akan sentiasa menjadi aktiviti yang paling dinanti-nantikan.

mercun
Perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi

Dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang bahan letupan dan bunga api adalah diharamkan kecuali 2 jenis mercun ini.

Antara sebab mercun dan bunga api diharamkan adalah kerana PRDM tidak mahu sebarang kes kecederaan, kematian dan kebakaran yang memusnahkan harta benda timbul gara-gara keterujaan bermain dengan bahan letupan tersebut.

mercun
Sumber foto : Harian Metro

Saban tahun, kita dapat lihat di dada-dada akhbar yang menyiarkan betapa ramai rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan teruk akibat bermain bahan letupan.

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana ada dua jenis mercun sahaja yang dibenarkan oleh PDRM iaitu ‘Pop Pop’ dan ‘Happy Boom’. Mungkin ada di antara anda yang lebih mengenali Pop Pop ini sebagai mercun bawang.

mercun
Happy Boom dan Pop Pop

Tetapi, para penjual yang ingin menjual Happy Boom dan Pop Pop itu haruslah mendapat permit daripada pihak polis terlebih dahulu.

Mana-mana pihak yang didapati memiliki, menjual mahupun membeli bahan letupan selain daripada yang dibenarkan akan dikenakan tindakan undang-undang yang membawa kepada 7 tahun hukuman penjara atau denda RM10,000 ataupun kedua-duanya sekali.

Sebenarnya undang-undang ini sudah lama dikuatkuasakan, namun masih ramai yang tidak mematuhinya. Maklumlah, jikalau setakat main mercun bawang sahaja, memang tak terasa bahang kemeriahan musim perayaan betul tak ?

Apa-apapun, pastikan anda sentiasa mengutamakan keselamatan dalam bermain dengan bahan letupan. Ingat, malang tidak berbau!

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here