sempena tahun baru cina

Sempena tahun Baru Cina 2018, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bakal menarik minat penonton di peringkat global dengan melancarkan filem web sempena Tahun Baru Cina, dengan mesej cinta, kemaafan dan kedamaian.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Zahariah Abdul Rahman berkata, tahun ini, Petronas teruja untuk memulakan 2018 dengan filem web yang menyentuh perasaan dan minda.

“Melalui filem web ini dan iklan perayaan kami sejak dua dekad yang lalu, Petronas telah dapat menjangkau dan berhubung dengan penonton kami dengan mesej yang memberi tumpuan kepada nilai-nilai sejagat yang boleh dikaitkan dengan kita semua.

“Tahun ini, kami telah memperluaskan mesej perayaan kami untuk mencapai penonton global sejajar dengan usaha penjenamaan global syarikat. Inilah cara terbaik untuk berhubung dengan penonton kami,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Isnin.

Filem web bertajuk ‘A Long Way Home‘ itu mengisahkan seorang pemuda, Seong dan ayahnya yang dalam perjalanan pulang ke rumah untuk merayakan Tahun Baru Cina bersama keluarga, sebelum tercetus perbalahan antara mereka.

Kisah ini mengetengahkan isu jurang generasi, serta perbezaan pandangan antara ibu bapa dan anak-anak. Bagaimanapun, perbezaan berkenaan boleh diselesaikan dengan kesediaan menerima cara baru dan pandangan masing-masing.

Anda boleh menyaksikan filem web  ‘A Long Way Home‘ dengan log masuk ke saluran jenama rasmi di www.petronasofficial.com untuk menonton filem web berdurasi empat minit, manakala versi iklan televisyen 60 saat akan disiarkan mulai 10 hingga 18 Feb.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Bernama

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here