Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar merupakan institusi pendidikan yang berada di bawah kelolaan institusi ilmu Al-Azhar Asy-Stariff. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke pusat pendidikan ini akan menikmati pengajian secara percuma kerana ianya ditanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar. Pelajar hanya perlu menyediakan kelengkapan untuk pengajian sahaja.

Namun, bukan mudah untuk melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth. Pelajar perlu melepasi Ujian Imtihan Qabul untuk melayakkan diri ke Maahad Buuth. Oleh itu, kebanyakan pelajar akan mendaftarkan diri terlebih dahulu ke Madrasah Daulah. Pendaftaran ke Madrasah Daulah boleh dilakukan menerusi Daulah Educonsult.

Maahad Buuth

Di Madrasah Daulah, pelajar akan dipersiapkan untuk menghadapi ujian kemasukan ke Maahad Buuth. Masa untuk menunggu nama naik menghadapi ujian tersebut adalah kira-kira 2 bulan sahaja. Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah perlu memenuhi syarat berikut :

?Lelaki atau Perempuan
?Berumur 12 tahun hingga 30 tahun
?Mempunyai Semangat yang Tinggi dalam Menuntut Ilmu

Pelajar yang memenuhi syarat diatas perlu mendaftarkan diri segera kerana kemasukan seterusnya adalah pada bulan Oktober dan November 2020. Kuota yang ditawarkan juga terhad. Daftar segera sebelum kuota penuh.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Di Luar Negara Kini Lebih Mudah Menerusi Daulah Educonsult!

Pelajar akan mempeljari subjek tersebut di Madrasah Daulah :

?Tahsinul QURAN
?Tahfizul Quran
?Talaqqi Dalaman
?Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
?Pengajian Umum
?Pengajian Bahasa Arab
?Program Study Tour

Setelah menghadapi Ujian Imtihan Qabul. Pelajar akan ditempatkan sama ada ke Maahad Buuth atau ke Dirosah Khossoh mengikut prestasi pelajar itu sendiri. Jika cemerlang, pelajar akan ditempatkan di Maahad Buuth yang merupakan sekolah menengah antarabangsa. Namun jika kurang memuaskan, pelajar akan ditempatkan terus ke Dirosah Khossoh iaitu pra menengah.

Lakukan permohonan di sini : https://bit.ly/32R1pPO

Pengajian di Maahad Buuth adalah bersifat lompat kelas. Pelajar yang cememerlang dibenarkan lompat kelas sehingga dua kelas. Oleh itu, pengajian di Maahad Buuth adalah berdasarkan kepada penguasaan pelaajr itu sendiri.

Selepas tamat pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth, pelajar akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam. Tempoh pengajian di Universiti Al-Azhar adalah selama 4 tahun.

BACA JUGA :   Kepelbagaian Di Pasar Khan El-Khalili
Universiti AL-azhar

Jika anda berminat melanjutkan pengajian ke bumi Mesir dalam usia yang muda, daftar segera kemasukan ke Madrasah Daulah. Lakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult dan jalani sesi konsultasi secara percuma bersama konsultan terbaik mereka.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here