Daulah Educonsult kini telah membuka peluang sambung belajar ke negara yang mempunyai suhu sejuk iaitu negara Rusia. Negara Rusia tersenarai sebagai sebuah negara yang mempunyai kawasan yang sangat besar dan luas. Namun, negara itu juga mempunyai universiti yang terbaik ditawarkan kepada pelajar.
Pelajar yang ingin sambung pengajian ke luar negara hendaklah mempunyai sijil SPM, STPM, A-level, O-level atau setaraf dengannya. Namun segala keputusan peperiksaan akan disemak dahulu oleh pihak Daulah Educonsult.
Universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Kursk State Medical University yang mana universiti ini telah tersenarai 10 universiti terbaik di Rusia. Malah universiti ini juga merupakan universit pertama yang mengajar pelajar menggunakan Bahasa Inggeris pada praktikal dalam bidang perubatan.

KSMU menawarkan kepada pelajar yang berdaftar di bawah Daulah Educonsult dengan bidang pra-perubatan dan perubatan. Pra-perubatan ialah kepada pelajar yang tidak mempunyai sebarang asas dalam subjek sains manakala perubatan terbuka kepada mereka yang mempunyai asas Sains.
Universiti yang ditawarkan di Rusia selain daripada KSMU ialah Privolzhsky Research Medical University atau Nizhny Novgorod Medical Academy. Nizhny Novgorod Medical Academy merupakan nama universiti itu yang lama tapi penduduk masih menggunakan namanya yang lama. Universiti ini juga menawarkan bidang perubatan kepada pelajar yang mana tempoh pengajiannya ialah selama 6 tahun.
Selain itu, terdapat juga sebuah universiti yang menawarkan bidang perubatan iaitu Volvograd State Medical University yang mana universiti itu terletak di Volvograd di bahagian selatan Rusia di tebing barat Sungai Volga. Selain bidang perubatan yang ada di universiti ini ialah pergigian, farmasi, psikologi dan macam-macam lagi.

Universiti yang menawarkan bidang kejuruteraan pesawat di Rusia ialah Moscow Aviation Institute. Institusi ini merupakan sebuah institusi yang terkemuka di dunia bagi kejuruteraan pesawat. Bidang dan tempoh pengajian di institusi ini ialah Diploma Kejuruteraan Aircraft dan Ijazah Kejuruteraan Aircraft selama 4 tahun pengajian.
Institusi ini telah mendapat pengiktirafan daripada DCA Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Segala jenis makanan mudah untuk didapatkan di bandar terkenal Moscow.

Satu-satunya universiti yang menawarkan bidang pengajian perniagaan ialah Saint Petersbug University. Universiti ini telah ditubuhkan pada tahun 1724 di Rusia. Universiti ini mempunyau kedudukan antarabangsa yang tinggi di eropah, Amerika dan Asia.
***Kursk State Medical University membuka sesi pendaftaran pada bulan November 2020. Sekiranya terlepas dengan pendaftaran sesi Oktober, boleh berdaftar terus ke sesi November. Tawaran adalah terhad.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)                
Borang Pendaftaran Pengajian : https://bit.ly/32R1pPO

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here