Kes kematian yang melibatkan seorang pelajar dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengejut orang ramai pada tahun 2017. Kematian pelajar itu, Zulfarhan Osman Zulkarnain sangat menyayat hati dan tidak berperikemanusiaan.
Sungguhpun begitu, mereka yang terlibat dalam kejadian itu kini sudah ditahan oleh pihak polis dan dibawah siasatan. Tiga yang tertuduh dalam kejadian itu telah memberitahu kepada Mahkamah Tinggi bahawa mereka terlihat arwah Zulfarhan dikelilingi lebih daripada 20 individu di bilik asrama universiti itu.
Kesemua tertuduh itu berusia 24 tahun berkata sedemikian sebagai saksi dalam pembelaan kes itu. Tiga saksi itu turut berkata mereka ternampak Zulfarhan duduk di atas kerusi di tengah-tengah bilik dalam blok penginapan asrama Jebat.
Lokasi di mana Zulfarhan di bunuh dengan cara ditekap seterika panas adalah di bilik 4-10. Saksi juga mengatakan bahawa dia percaya perbualan dengan lebih daripada 20 orang individu di bilik 4-10.
Mereka yang terlibat dalam kes ini melebihi daripada 12 orang dan didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan semata-mata untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia yang mencuri komputer riba. Perkara ini adalah mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun berserta hukuman maksimum penjaar tujuh tahun dan denda.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah akan ebrsambung pada 30 September depan menurut kepada Bernama.
Pernahkah anda menyimpan impian untuk menyambung pengajian ke luar negara, tetapi masih keliru tentang langkah pertama yang perlu dilakukan?
Mungkin anda bercita-cita menjadi doktor, doktor...
Tak perlu tunggu sehingga umur 18 tahun untuk mula merancang masa depan pendidikan! 🎓🌍
Ramai ibu bapa memilih laluan IGCSE untuk anak-anak kerana sistem ini...
Ramai pelajar mempunyai impian untuk menyambung pengajian ke luar negara. Ada yang bercita-cita menjadi doktor, doktor gigi, ahli farmasi, doktor veterinar atau menceburi bidang...