Kes kematian yang melibatkan seorang pelajar dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengejut orang ramai pada tahun 2017. Kematian pelajar itu, Zulfarhan Osman Zulkarnain sangat menyayat hati dan tidak berperikemanusiaan.
Sungguhpun begitu, mereka yang terlibat dalam kejadian itu kini sudah ditahan oleh pihak polis dan dibawah siasatan. Tiga yang tertuduh dalam kejadian itu telah memberitahu kepada Mahkamah Tinggi bahawa mereka terlihat arwah Zulfarhan dikelilingi lebih daripada 20 individu di bilik asrama universiti itu.
Kesemua tertuduh itu berusia 24 tahun berkata sedemikian sebagai saksi dalam pembelaan kes itu. Tiga saksi itu turut berkata mereka ternampak Zulfarhan duduk di atas kerusi di tengah-tengah bilik dalam blok penginapan asrama Jebat.
Lokasi di mana Zulfarhan di bunuh dengan cara ditekap seterika panas adalah di bilik 4-10. Saksi juga mengatakan bahawa dia percaya perbualan dengan lebih daripada 20 orang individu di bilik 4-10.
Mereka yang terlibat dalam kes ini melebihi daripada 12 orang dan didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan semata-mata untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia yang mencuri komputer riba. Perkara ini adalah mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun berserta hukuman maksimum penjaar tujuh tahun dan denda.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah akan ebrsambung pada 30 September depan menurut kepada Bernama.
Penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia terus menjadi antara isu sosial yang membimbangkan. Fenomena ini bukan sahaja mengancam masa depan golongan...
Bidang perubatan sentiasa menjadi antara pilihan utama pelajar cemerlang di Malaysia. Kerjaya sebagai doktor bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan yang stabil, malah memberi peluang...
Jenama kopi tempatan yang semakin berkembang pesat, ZUS, terus mengorak langkah besar dalam memperkukuhkan jenamanya apabila secara rasmi melantik Dato' Sri Siti Nurhaliza sebagai...