Pelitup muka telah diwajibkan oleh kerajaan untuk sentiasa memakainya terutama di tempat awam. Sekiranya tidak memakai di tempat awam atau di mana sahaja, denda RM1,000 akan dikenakan pada individu yang melanggar perintah.
Pemakaian pelitup muka adalah langkah kerajaan untuk membendung penularan virus COVID-19 yang semakin memburuk di seluruh dunia kini. Namun, lain pula jadinya apabilaada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab membuang pelitup muka yang telah dipakai merata-rata.
Pelitup muka banyak dijumpai di atas rumput, jalan raya, tempat parkir kereta dan banyak lagi. Kini pelitup muka pula telah menjadi sampah baharu kepada alam sekitar dan haiwan-haiwan. Astro Awani telah mengikuti program pembersihan bersama Datin Paduka Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah di Pantai Morib.
NGO Reef Check Malaysia dan Trash Hero juga telah turun untuk menyertai program itu. Selain daripada puntung rokok, botol plastik dan lampin bayi, terdapat juga pelitup muka yang kini menjadi sampah paling banyak ditemui di mana-mana, menurut Ketua Trash Hero Daerah Banting, Ridzuan Lim.
Tenku Zatasha berkata kepada Astro Awani “Amat penting untuk membersihkan pantai kerana inisiatif ini bukan sahaja mencegah pembuangan sampah, sebaliknya meningkatkan kesedaran orang awam”.
Belangkas atau dikenali sebagai horseshoe crab dalam bahasa Inggeris adalah sejenis haiwan marin yang unik dan telah wujud sejak ratusan juta tahun yang lalu....
Veterinar adalah program akademik yang membolehkan pelajar mendalami ilmu perubatan veterinar secara mendalam. Ia melibatkan kajian tentang kesihatan haiwan, rawatan penyakit serta pengurusan penternakan...