Pelitup muka telah diwajibkan oleh kerajaan untuk sentiasa memakainya terutama di tempat awam. Sekiranya tidak memakai di tempat awam atau di mana sahaja, denda RM1,000 akan dikenakan pada individu yang melanggar perintah.
Pemakaian pelitup muka adalah langkah kerajaan untuk membendung penularan virus COVID-19 yang semakin memburuk di seluruh dunia kini. Namun, lain pula jadinya apabilaada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab membuang pelitup muka yang telah dipakai merata-rata.
Pelitup muka banyak dijumpai di atas rumput, jalan raya, tempat parkir kereta dan banyak lagi. Kini pelitup muka pula telah menjadi sampah baharu kepada alam sekitar dan haiwan-haiwan. Astro Awani telah mengikuti program pembersihan bersama Datin Paduka Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah di Pantai Morib.
NGO Reef Check Malaysia dan Trash Hero juga telah turun untuk menyertai program itu. Selain daripada puntung rokok, botol plastik dan lampin bayi, terdapat juga pelitup muka yang kini menjadi sampah paling banyak ditemui di mana-mana, menurut Ketua Trash Hero Daerah Banting, Ridzuan Lim.
Tenku Zatasha berkata kepada Astro Awani “Amat penting untuk membersihkan pantai kerana inisiatif ini bukan sahaja mencegah pembuangan sampah, sebaliknya meningkatkan kesedaran orang awam”.
Impian menjadi doktor, doktor gigi, ahli farmasi atau doktor veterinar? Universitas Gadjah Mada (UGM), Yogyakarta, Indonesia merupakan antara institusi pengajian tinggi yang boleh dipertimbangkan...
Peluang melanjutkan pengajian perubatan di luar negara mungkin lebih dekat daripada yang anda sangkakan.
Bagi pelajar yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, memilih universiti yang...
“Saya berminat nak sambung belajar medic di Russia, tetapi ibu bapa risau tentang keselamatan. Adakah Russia masih sesuai untuk pelajar Malaysia?”
Ini antara persoalan yang...