Pencemaran Sungai Gong yang berlaku pada beberapa minggu yang lalu telah menyebabkan penduduk di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor terputus bekalan air bersih.
Hampir seminggu penduduk di sekitar situ tidak dapat air dan mereka cuma mengharapkan kepada loji air bersih Selangor sahaja. Namun pada Sabtu yang lalu, bekalan air bersih tekah disambung semula selepas kerja-kerja pembersihan telah dilakukan.
Pada 7 September yang lalu, Majlis Perbandaran Selayang telah menampal notis untuk merobohkan kilang tidak bertanggungjawab tersebut. Tempoh tiga hari telah diberi kepada kilang itu untuk membuktikan kebenaran membina kilang di kawasasn itu.
Namun begitu, mereka yang tidak bertanggungjawab telah ditahan reman. Suspek juga telah didakwa atas sebab membuang bahan buangan merbahaya ke dalam sungai. Mereka juga dihapadapkan dengan dua pertuduhan iaitu membuang bahan buangan merbahaya dari bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd ke dalam alur air.
Manakala pertuduhan kedua pula ialah mereka berniat untuk buang sisa toksik dalam waktu, bengkel dan sungai yang sama menurut MyMetro.
Mereka yang terlibat ialah empat orang lembaga pengarah dan seorang pengurus kilang. Mereka juga menyebabkan kima juta pengguna di 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang terputus bekalan air bersih.
Buli selalunya dikaitkan dengan tindakan agresif atau intimidasi yang berlaku antara pelajar sesama pelajar. Namun, situasi yang semakin membimbangkan di Malaysia kini ialah kes...
Dalam dunia pekerjaan yang semakin kompetitif dan dipengaruhi oleh perkembangan teknologi, pemilihan bidang pengajian yang tepat menjadi faktor penting dalam menentukan peluang kerjaya pada...
Peminat filem seram tempatan bakal disajikan dengan sebuah karya yang menjanjikan pengalaman berbeza apabila filem Malaysia Khadam mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada...