Pencemaran Sungai Gong yang berlaku pada beberapa minggu yang lalu telah menyebabkan penduduk di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor terputus bekalan air bersih.
Hampir seminggu penduduk di sekitar situ tidak dapat air dan mereka cuma mengharapkan kepada loji air bersih Selangor sahaja. Namun pada Sabtu yang lalu, bekalan air bersih tekah disambung semula selepas kerja-kerja pembersihan telah dilakukan.
Pada 7 September yang lalu, Majlis Perbandaran Selayang telah menampal notis untuk merobohkan kilang tidak bertanggungjawab tersebut. Tempoh tiga hari telah diberi kepada kilang itu untuk membuktikan kebenaran membina kilang di kawasasn itu.
Namun begitu, mereka yang tidak bertanggungjawab telah ditahan reman. Suspek juga telah didakwa atas sebab membuang bahan buangan merbahaya ke dalam sungai. Mereka juga dihapadapkan dengan dua pertuduhan iaitu membuang bahan buangan merbahaya dari bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd ke dalam alur air.
Manakala pertuduhan kedua pula ialah mereka berniat untuk buang sisa toksik dalam waktu, bengkel dan sungai yang sama menurut MyMetro.
Mereka yang terlibat ialah empat orang lembaga pengarah dan seorang pengurus kilang. Mereka juga menyebabkan kima juta pengguna di 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang terputus bekalan air bersih.
Siapa kata perjalanan menjadi doktor hanya tentang buku, kuliah, peperiksaan dan hospital?
Bayangkan anda memulakan hari dengan suasana pagi yang tenang, menikmati keindahan alam Bali,...
Jangan tunggu keputusan SPM keluar baru nak fikir tentang masa depan!
Ramai pelajar menganggap perjalanan selepas SPM hanya bermula apabila keputusan diumumkan. Hakikatnya, tempoh selepas...
Pernah terfikir untuk menyambung pengajian ke luar negara, tetapi masih menunggu keputusan rasmi SPM?
Tahukah anda bahawa sesetengah universiti luar negara membenarkan pelajar memulakan proses...