Madrasah Daulah kini sedang membuka program Maahad Buuth kepada mereka yang belajar ke luar negara tanpa memerlukan sebarang sijil. Madrasah Daulah membuka tawaran belajar bermula dari umur 12 hingga 31 tahun tidak kira lelaki atau perempuan. Malah, madrasah ini juga terletak di negara Mesir tau!
Madrasah Daulah telah bekerjasama dengan Universiti Al-Azhar, Mesir yang mana pelajar lepasan madrasah ini akan diserap masuk ke universiti itu dalam peringkat seterusnya. Mereka yang hendak berdaftar boleh berdaftar di bawah Daulah Educonsult.
Walaubagaimanapun, pelajar yang berdaftar tidak akan terus masuk ke Maahad Buuth sebaliknya mereka akan menduduki ujian dahulu. Ujian yang dipanggil Ujian Imtihan Qabul adalah ujian wajib kepada pelajar yang ingin masuk ke Maahad Buuth. Justeru itu, Madrasah Daulah telah menyediakan kelas kepada mereka.
Kelas tersebut ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab yang mana pelajar akan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Manakala Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran. Tempoh pengajian di dalam kelas berkenaan ialah selama tidak kurang daripada setahun.
Subjek yang akan diajar kepada pelajar ialah
-
-
Tahsiinul Qur’an
-
Tahfizul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Bahasa Arab
-
Pengajian Umum
-
Program Study Tour
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
-