Pelarian etnik Rohingya telah mula tidak diterima oleh kebanyakkan negara terutama di Asia Tenggara. Pelarian etnik Rohingya yang memasuki Malaysia tidak diiktirafkan sebagai pelarian Rohingya.
Sebaliknya kerajaan mengklasifikasikan mereka sebagai pendatang tanpa izin (PATI) yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
Malaysia beberapa bulan yang telah mula tidak menerima mana-mana pelarian dari negara tersebut. Namun ada juga etnik dari negara itu sanggup membocorkan bot mereka untuk memasuki ke sempadan tanah air Malaysia. Sungguhpun begitu, tindakan tegas kerajaan Malaysia membuahkan hasil apabila kerajaan akan menghantar etnik itu ke negara asal.
Walaubagaimanapun, Indonesia telah mengutuk perbuatan itu dan mereka pula yang membuka pintu sempadan mereka untuk menerima pelarian itu. Tetapi, kini republik itu telah membuat keputusan untuk menghantar semula pelarian etnik Rohingya ke negara asal mereka.
Ini kerana jumlah pelarian etnik Rohingya yang datang ke republik itu semakin meningkat sejak beberapa hari kebelakngan ini. Dalam masa yang sama, Indonesia juga sedang berperang dengan virus COVID-19 yang meningkat di negara berkenaan.
Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata tindakan Indonesia menerima pelarian etnik Rohingya itu secara sementara adalah atas dasar perikemanusiaan. Beliau juga meminta negara serantau sepatutnya bekerjasama untuk menangani isu pelarian etnik Rohingya ini.
Tambahan, PBB menggambarkan etnik Rohingya sebagai masyarakat yang paling teraniaya di dunia. Etnik itu juga mengalami ketakutan yang serius selepas ramai yang terbunuh dalam keganasan komunal pada 2012 di bahagian barat Myanmar, Rakhine.
Penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia terus menjadi antara isu sosial yang membimbangkan. Fenomena ini bukan sahaja mengancam masa depan golongan...
Bidang perubatan sentiasa menjadi antara pilihan utama pelajar cemerlang di Malaysia. Kerjaya sebagai doktor bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan yang stabil, malah memberi peluang...
Jenama kopi tempatan yang semakin berkembang pesat, ZUS, terus mengorak langkah besar dalam memperkukuhkan jenamanya apabila secara rasmi melantik Dato' Sri Siti Nurhaliza sebagai...