Indonesia merupakan salah sebuah negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar yang ingin sambung pengajian ke luar negara. Pelajar yang sambung pengajian di sana tidak menghadapi masalah kerana makanan, agama, budaya dan adat mereka adalah sama dengan Malaysia.
Tambahan, Daulah Educonsult juga akan membawa pelajar menjelajah ke tempat-tempat pelancongan menarik di sana sebelum mereka memasuki ke sesi pembelajaran. Contohnya seperti Danau Toba, Bali, Jakarta dan banyak lagi tempat menarik di sana.
Daulah Educonsult juga telah menyediakan beberapa buah universiti kepada pelajar berserta bidang yang menarik di sana. Antara bidang yang ditawarkan ialah pengajian Islam, perubatan, pergigian, farmasi, veterinar dan banyak lagi.
Universiti yang menawarkan bidang pengajian Islam ialah Universitas Islam Negeri Ar-Raniry dan Universitas Negeri Sultan Syarif Kasim.

Universitas Agama Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau (UIN SUSKA Riau) ialah sebuah universiti yang terletak di Pekan Baru, Riau. Universiti ini telah menawarkan beberapa fakulti kepada pelajar iaitu Fakulti Tarbiyah dan keguruan, syariah dan ilmu hukum, usuluddin, dakwah dan ilmu komunikasi, sains dan teknologi, psikologi dan ekonomi dan ilmu sosial.

Universitas Islam Negeri Ar-Raniry pula merupakan sebuah universiti yang terletak di Banda Acheh. Universiti ini menawarkan seratus peratus bidang pengajian Islam yang terdiri dengan beberapa fakulti iaitu Fakulti syariah dan hukum, usuluddin dan filsafat, dakwah dan komunikasi, adab dan humaniora.
Selain daripada universiti itu, terdapat juga universiti lain yang ditawarkan iaitu Universiti Airlangga yang terletak di Surabaya. Universiti ini menawarkan bidang perubatan, veterinar, kejururawatan dan pergigian.

Daulah Educonsult juga menawarkan bidang veterinar kepada pelajar iaitu Institusi Pertanian Bogor yang terletak di Bandung. Universiti ini menawarkan fakulti perubatan veterinar yang mana universiti itu menyediakan  mengajar hospital haiwan.
Hospital ini ialah hospital yang terkemuka di Asia Tenggara yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden.

Universitas Sumatera Utara merupakan sebuah universiti yang paling ramai pelajar memohon untuk sambung belajar. Universiti ini menawarkan bidang perubatan dan pra-perubatan. Kedua-dua bidang ini adalah bidang yang sama namun sijil yang berbeza. Pra-perubatan sama seperti sijil asasi dalam perubatan. Perubatan adalah bidang yang ditawarkan kepada pelajar yang mempunyai sijil STPM, Asasi atau Matriks.
Walaubagaimanapun, pelajar lepasan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) perlu mengambil bidang asasi dahulu sebelum memasuki ke universiti pilihan mereka di Indonesia. Namun pelajar lepasan STPM, matriks, asasi dan lain-lain tidak perlu mengambil bidang asasi itu, mereka boleh terus masuk ke universiti pilihan mereka di Indonesia.
Pelajar akan dimasukkan ke Kolej Kerjasama Daulah (KKD) untuk mengambil bidang asasi bagi pelajar lepasan SPM. Tambahan, selepas kerajaan telah membenarkan pintu sempada di buka kepada pelajar yang  sambung belajar ke luar negara, pendaftaran sesi September 2021 kini telah dibuka.
Jangan risau kerana Daulah Educonsult telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KKM), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Majlis Perubatan Malaysia, Persatuan Farmasi Malaysia dan Majlis Pergigian Malaysia.
Jika ingin mendapatkan sebarang maklumat, hubungi nombor yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)                
Borang Pendaftaran Pengajian : https://bit.ly/32R1pPO

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here