Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedang menawarkan pengurangan kompaun sehingga 90 peratus daripada nilai asal kompaun. Hal ini tersedia untuk permohonan pembatalan nama syarikat yang diletakkan di bawah Seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016. Penawaran ini bermula dari 17 Ogos hingga 31 Disember 2020.

Di bawah pelaksanaan insiatif ini, syarikat dan pengarah syarikat yang melakukan permohonan atau mengambil tindakan pembatalan syarikat layak mendapat pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus.

SSM memaklumkan bahawa kadar pengurangan kompaun ini tertakluk kepada semua kompaun yang ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965 (AS 1965) dan Akta Syarikat 2016 (AS 2016).

Anda boleh buat semakan status kompaun melalui :

  • Permohonan email : ar_compliance@ssm.com.my
BACA JUGA :   Wow! Seronoknya Belajar di Poland! Ini Sebabnya..

Atau

Hubungi 03-22995334 dan secara dalam talian melalui pautan https://www.ssm.com.my/Pages/Quick_Link/e-Compound.aspx atau di portal ezBiz Online di pautan https://ezbiz.ssm.com.my serta di mana- mana pejabat SSM seluruh Malaysia.

Sumber dari Bernama.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here