Indonesia merupakan salah satu negara yang dipilih oleh Daulah Educonsult untuk sambung belajar ke luar negara. Pembelajaran ke luar negara ditawarkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya. Tambahan, kehidupan seharian dari aspek agama, budaya, bahasa, adat adalah lebih kurang sama sahaja situasinya di Malaysia.
Tiada masalah untuk mereka sambung belajar ke sana, Malah, Daulah Educonsult juga akan membawa pelajar ke tempat-tempat pelancongan di Indonesia. Mereka akan dibawa berjalan sebelum sesi pembelajaran dilakukan. Jangan risau, Daulah Educonsult akan menjaga pelajar sepanjang di sana.
Bidang yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar ialah bidang perubatan, pergigian, farmasi, veterinar, pengajian Islam dan banyak lagi. Universiti yang ada di Indonesia ialah Universiti Airlangga yang terletak di Surabaya.
Universiti ini merupakan universiti kedua tertua di Indonesia dan telah ditubuhkan pada tahun 1954. Universiti menawarkan bidang perubatan kepada semua pelajar. Malah universiti ini jug amerupakan universiti “Big 5” di Indonesia.
Selain itu, Daulah Educonsult juga menawarkan bidang veterinar kepada pelajar. Universiti yang menawarkan bidang veterinar kepada pelajar ialah Institusi Pertanian Bogor. Institusi ini juga menyediakan fakulti perubatan veterinar kepada pelajar.
Apa yang istimewanya ialah institusi ini mempunyai Mengajar Hospital Haiwan yang mana hospital ini merupakan hospital paling terkemuka di Asia Tenggara.
Daulah Educonsult juga menyediakan bidang Pengajian Islam kepada pelajar dengan dua buah universiti yang menawarkan bidang itu. Bidang tersebut ialah Universitas Islam Negeri Ar-Raniry dan Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim.
Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim atau UIN SUSKA yang terletak di Riau ialah universiti Islam di Pekan Baru. Universiti ini menyediakan beberapa fakulti iaitu Tarbiyah dan Keguruan, Syari’ah dan Ilmu Hukum, Usuluddin, Dakwah dan Ilmu Komunikasi. Sains dan Teknologi, Psikologi dan Ekonomi dan Ilmu Sosial.
Universiti yang kedua menawarkan bidang pengajian Islam ialah Universiti Islam Negeri Ar-Raniry yang terkeletak di Banda Aceh. Universiti ini menawarkan fakulti Syariah dan Hukum, Usuluddin dan Fisafat, Dakwah dan Komunikasi dan Adab dan Humaniora.
Universiti yang telah banyak dipilih oleh pelajar-pelajar Malaysia ialah Universiti Sumatera Utara. Universiti ini menawarkan bidang perubatan, pergigian dan farmasi kepada pelajar. Tawaran kemasukan ke Universiti Sumatera Utara kini dibuka pada September 2021.
Pelajar lepasan SPM yang belajar ke Indonesia akan menduduki asasi dahulu sebelum mereka boleh melanjutkan ke peringkat Ijazah. Mereka akan dimasukkan ke Kolej Bersama Daulah.
“Saya berminat nak sambung belajar medic di Russia, tetapi ibu bapa risau tentang keselamatan. Adakah Russia masih sesuai untuk pelajar Malaysia?”
Ini antara persoalan yang...
Pernahkah anda menyimpan impian untuk menyambung pengajian ke luar negara, tetapi masih keliru tentang langkah pertama yang perlu dilakukan?
Mungkin anda bercita-cita menjadi doktor, doktor...
Tak perlu tunggu sehingga umur 18 tahun untuk mula merancang masa depan pendidikan! 🎓🌍
Ramai ibu bapa memilih laluan IGCSE untuk anak-anak kerana sistem ini...