Kerajaan Malaysia melanjutkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) iaitu BPN 2.0 yang memperuntukan hampir RM7 bilion yang tersedia untuk empat kumpulan rakyat. Berita ini diumumkan Perdana Menteri Malaysia , Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi siaran langsung semalam. Pemberian tunai tambahan ini diberikan kepada golongan B40 dan M40.

Sumber : Astro Awani

Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tunai RM1,000 ini adalah golongan B40 isi rumah dengan peruntukan 3.7 juta isi rumah. RM500 pula bagi 3.8 juta kumpulan B40 bujang. Seterusnya, golongan M40 isi rumah akan menerima RM600 dengan peruntukan 1.4 juta manakala golongan M40 bujang akan terima RM300 dengan peruntukan 1.7 juta.

“Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

BACA JUGA :   "JANGAN BAGI BUNGA KUNING" - KENALI BUDAYA PELIK DI RUSIA

Tiada sebarang permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatankan bantuan BPN 2.0 ini. Kerajaan akan salurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta rakyat yang terlibat yang diluluskan di bawah BPN sebelumnya. Jika anda tidak menerima bantuan ini namun anda rasakan diri anda layak, anda boleh lakukan rayuan atau permohonan baru.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here