Daulah Educonsult kini membuka tawaran pendaftaran sesi Oktober 2020 kepada semua palajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya. Kalini Daulah Educonsult menawarkan sebuah universiti yang terletak di Rusia iaitu Kursk State Medical University.
Pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Rusia akan merasai pengalaman baru di sana. Sebabnya situasi di sana tidak sama dengan situasi di Malaysia, malah agama, budaya, adat dan cuaca juga sangat berbaza. Di Rusia mereka mengalami empat musim dalam masa satu tahun iaitu musim panas, sejuk, luruh dan bunga.
Kursk State Medical University terletak di Bandar Kursk, Rusia. Universiti ini juga merupakan sebuah universiti yang tertua dalam bidang perubatan di Rusia iaitu ditubuhkan pada tahun 1935. Tambahan, KSMU menawarkan bidang perubatan, gerontologi, pergigian, pra-perubatan dan farmasi.
Pra-perubatan merupakan asasi dalam bidang perubatan. Mereka yang tidak mempunyai asas dalam subjek Sains, akan dimasukkan ke dalam bidang pra-perubatan selama 7 tahun. Tetapi sekiranya pelajar mempunyai asas dalam subjek Sains boleh terus masuk ke bidang perubatan.
![]()






