Sejak kebelakangan ini kes positif COVID-19 di Malaysia kembali meningkat selepas terdapat masyarakat yang tidak mematuhi SOP kerajaan. Malah peningkatan ini telah merisaukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila beberaoa hari yang lepas kes meningkat kepada 3 tiga angka.
Perkara ini juga telah diperkatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa nilai R-Naught menunjukkan tidak stabil dan kembali meningkat. Nilai R-Naught sebelum ini hanya 0.72 tetapi kini meningkat kepada 1.34.
APA ITU R-NAUGHT?
Nilai R-Nught ialah kebolehjangkitan virus pada permulaan sesuatu wabak di kalangan masyarakat. Malah ia menunjukkan berapa banyak seorang individu yang dijangkiti virus mampu merebakkan virus itu kepada orang lain dalam kalangan masyarakat.
Sebagai contoh, sekiranya nilai R-Naught ialah 3 ini menunjukkan bahawa orang yang positif dengan virus itu boleh menjangkiti 3 orang lain.
Nilai R-Naught t1, t2, t3 dan seterusnya boleh diturunkan sekiranya langkah-langkah pencegahan dilakukan dengan tepat dan berkesan.
Tambahan, yang paling merisaukan waktu sekarang ialah nilai R-Naught meningkat melebihi 1.0. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sekiranya nilai R-Naught meningkat melebihi 1.6, virus itu boleh disebarkan ke lebih ramai orang lagi.
“Pada hari ini, R0 kita adalah 1,36 dan apa yang membahayakan ialah kalau peratusan itu terus meningkat melebihi daripada 1.6” katanya kepada Awani.
Jelas Dr Noor Hisham lagi “Itu bererti kita akan mendapatkan peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh masa yang terdekat”.
Jadi kita hendaklah sentiasa patuh dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh KKM dalam membendung penyebaran virus ini. Sekiranya ia meningkat dan berterusan, tidak mustahil negara akan menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi sekali.
Buli selalunya dikaitkan dengan tindakan agresif atau intimidasi yang berlaku antara pelajar sesama pelajar. Namun, situasi yang semakin membimbangkan di Malaysia kini ialah kes...
Dalam dunia pekerjaan yang semakin kompetitif dan dipengaruhi oleh perkembangan teknologi, pemilihan bidang pengajian yang tepat menjadi faktor penting dalam menentukan peluang kerjaya pada...
Peminat filem seram tempatan bakal disajikan dengan sebuah karya yang menjanjikan pengalaman berbeza apabila filem Malaysia Khadam mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada...