Negara China yang pernah menggemparkan dunia dengan kontroversi penderaan etnik Uighur telah dikesan mengendalikan ratusan pusat tahanan untuk etnik tersebut. Negara tersebut dipercayai mempunyai hampir 380 pusat tahanan etnik Uighur di Xinjiang. Ianya adalah jumlah yang lebih besar daripada yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Pusat tahanan yang dipercayai lokasi etnik Uighur

Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Dasar Strategik Australia, 380 premis yang disyaki pusat tahanan etnik Uighur. Etnik Uighur adalah golongan minoriti di negara tersebut yang beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Turkic. Bahasa ini dituturkan oleh kumpulan etnik di Asia Tengah , Asia Timur dan juga Asia Barat. Terdapat juga penutur yang dikesan di Eropah dan Afrika Utara.

BACA JUGA :   Belajar Ke Luar Negara Bersama Daulah Educonsult

Berdasarkan kajian tersebut, pusat berkenaan adalah 40 peratus lebih besar daripada pusat yang dikesan sebelumnya. Penghuninya juga kian bertambah walaupun negara tersebut mendakwa sudah membebaskan etnik tersebut. Kajian tersebut disahihkan menerusi imeh satelit, akaun saksi, laporan media dan juga dokumen tender pembinaan rasmi pusat berkenaan.

Sebanyak 61 pusat tahanan menjalani kerja pembinaan dan pengembangan baru sekitar Julai 2019 hingga Julai 2020. 14 pusat tahanan lagi masih di bawah kerja pembinaan pada 2020 dengan 70 pusat dipagar. Namun dinding perimeternya dirobohkan dengan niat ia telah diubah dan ditutup.

Namun Beijing menafikan segala tuduhan tersebut dan mengatakan bahawa ianya adalah pusat latihan vokasional untuk menentang aktiviti ekstrem. Terdapat beberapa negara yang sudah mula untuk menghentikan aktiviti ekonomi dengan Xinjiang. Antaranya ialah Amerika Syarikat telah melarang aktiviti import eksport dari Xinjing. Hal ini dengan alasan penggunaan buruh paksa secara sistematik.

BACA JUGA :   Bulan Ramadan Dicemari, Banyak Iklan Judi Tular

Berikutan isu ini, Beijing telah menerbitkan kertas putih yang mempertahankan dasar yang dilaksanakan di Xinjing dengan matlamat bahawa ia hanya sebuah program latihan. Selain skim pekerjaan dan juga untuk kemudahan pendidikan yang lebih baik untuk etnik minoriti berkenaan. Premis berkenaan juga dikatakan adalah satu keperluan bagi mencegah penyebaran ideologi ekstremis dan keganasan Islam radikal.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here